121 laporan penipuan pakej umrah, haji libatkan kerugian RM5.1 juta

July 19, 2022 · Isu semasa

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima 121 laporan berhubung kes penipuan pakej menunaikan ibadah haji dan umrah menggunakan visa furada terhadap tiga syarikat pelancongan swasta yang melibatkan kerugian lebih RM5.1 juta.

Setiausaha PDRM Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata Kuala Lumpur mencatatkan bilangan laporan tertinggi iaitu 48 laporan membabitkan kerugian kira-kira RM2 juta diikuti Selangor dengan 30 laporan melibatkan kerugian RM956,300.

Beliau berkata 18 laporan melibatkan kerugian dianggarkan RM1.2 juta diterima di Pahang manakala masing-masing enam laporan diterima di Kelantan, Perak dan Johor dengan kerugian RM608,000.

“Kedah mempunyai tiga laporan dengan nilai kerugian RM48,000, Negeri Sembilan merekodkan dua laporan membabitkan kerugian RM170,500 manakaka masing-masing satu laporan di Terengganu dan Pulau Pinang yang melibatkan kerugian RM70,000,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Noorsiah berkata 22 kertas siasatan berkaitan penipuan itu dibuka, membabitkan 323 mangsa.

Pada 7 Julai lepas, kira-kira 380 bakal jemaah haji dilaporkan terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dipercayai menjadi mangsa penipuan sebuah agensi pelancongan swasta.

Mereka dipercayai menggunakan visa furada, iaitu visa yang diuruskan sendiri tanpa membabitkan jumlah kuota yang diperoleh Lembaga Tabung Haji (TH). – Bernama

Berita berkaitan
Lesap wang pencen RM233,480 selepas ditipu Macau Scam
17 jam lalu· Isu semasa
Pegawai MP Bentong dan Setiausaha Akhbar Menteri dipanggil beri keterangan
23 jam lalu· Politik
Pemimpin veteran UMNO berdepan kes mahkamah dapat kebenaran sementara pasport
January 19, 2023· Isu semasa
Macau Scam: Warga emas kerugian RM140,000
January 17, 2023· Isu semasa
Popular
Dakwa PAS lambat bantah, PM kena kecam dalam media sosial
January 26, 2023
Menteri KPKT kata pakar Singapura hanya untuk kongsi pengetahuan
January 26, 2023
Selepas disaman Rafizi kata hanya mahu penjelasan Tuan Ibrahim
January 25, 2023
Lesap wang pencen RM233,480 selepas ditipu Macau Scam
January 26, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Menteri KPKT kata pakar Singapura hanya untuk kongsi pengetahuan
13 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan tak tegas dalam tangani Islamofobia, NGO gesa ambil tindakan diplomatik
17 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan DAP P. Pinang harap kerajaan lulus projek banyak dalam Bajet 2023
17 jam lalu · Isu semasa
Dakwa PAS lambat bantah, PM kena kecam dalam media sosial
18 jam lalu · Isu semasa
Penduduk di Sarawak dinasihati tangguh aktiviti luar: Bomba
19 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] KJ pilih bersama UMNO, tolak pelawaan sertai Perikatan Nasional
15 jam lalu
[VIDEO] Tak sedar formula gagal, Rafizi tuduh Perikatan akan main isu harga barang
January 26, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok