12,055,099 terima dos penggalak

Jumlah penerima suntikan ketiga atau dos penggalak vaksin Covid-19 di seluruh negara sejak program itu dilancarkan 13 Oktober tahun lalu hingga semalam, terus meningkat dengan ketara.

Sehingga kini seramai 12,055,099 individu atau 51.5 peratus daripada golongan dewasa yang lengkap divaksinasi telah menerima dos penggalak, menurut Kementerian Kesihatan (KKM), hari ini.

Dalam kemas kini laman sesawang Covidnow pagi ini, semalam sahaja seramai 29,488 individu dewasa telah menerima suntikan dos ketiga itu.

Sementara itu, 97.9 peratus atau 22,925,835 populasi dewasa telah lengkap divaksinasi, manakala 99.1 peratus atau 23,202,575 lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK-Remaja) pula, sehingga semalam seramai 5,656,818 daripada golongan berusia 12 hingga 17 tahun itu telah menerima vaksin masing-masing.

Daripada jumlah itu seramai 2,788,874 atau 88.6 peratus telah lengkap divaksinasi, manakala 2,867,944 atau 91.1 peratus lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos.

BERITA BERKAIT
POPULAR