120 ribu polis sudah lengkap vaksin: KPN

January 20, 2022 · Isu semasa

Seramai 122,202 pegawai dan anggota polis di seluruh negara telah lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19, kata Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani.

Beliau berkata seramai 32,652 pegawai dan anggota polis telah menerima dos penggalak setakat 18 Januari lepas, menurut laporan Bernama.

“Semoga dengan usaha ini, dapat melindungi warga PDRM (Polis Diraja Malaysia) daripada risiko jangkitan wabak Covid-19 ketika melakukan tugas dan memutuskan rantaian wabak itu.

“Selain itu, saya mengucapkan tahniah kepada Jabatan Pengurusan kerana usaha berterusan memastikan warga PDRM dilindungi menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap menerusi laman Facebook rasmi PDRM sempena perhimpunan bulanan KPN di Bukit Aman hari ini.

Sementara itu, Acryl Sani berkata PDRM menggariskan tiga fokus sepanjang 2022 iaitu untuk memperkasakan integriti warga PDRM, berkhidmat untuk masyarakat dan mensejahterakan keamanan negara.

Berita berkaitan
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024· Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024· Isu semasa
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024· Isu semasa
Polis segerakan siasatan dalam kes langgar pelajar sehingga maut
December 16, 2023· Isu semasa
Popular
Cendawan tahi lembu jadi dadah untuk kepuasan berhibur: Polis
April 6, 2021
56 kematian semalam, 11 kes BID
April 3, 2022
Polis tahan 11 lagi saksi kes tarian separuh bogel majlis Aidilfitri
June 4, 2022
Mahkamah boleh buat keputusan segera terhadap Najib: Peguam
August 21, 2022
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024 · Isu semasa
Kata masuk pelaburan berbilion, Rafidah terkejut kilang tayar tutup
March 7, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok