12 permohonan warga Bangladesh dilulus kerakyatan setakat Jun

July 26, 2022 · Isu semasa

Seramai 12 warga Bangladesh yang memohon kerakyatan Malaysia sudah diluluskan setakat Jun lalu, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Dewan Rakyat dimaklumkan terdapat 55 permohonan dibuat warga Bangladesh untuk menjadi rakyat Malaysia dan hanya 12 sahaja mendapat keluluskan.

Permohonan itu dalam tempoh 12 tahun bermula 2010, yang mana setiap permohonan diluluskan mengikut Perkara 19(1) Perlembagaan Persekutuan, iaitu permohonan kewarganegaraan melalui penaturalisasian membabitkan individu berusia 21 tahun ke atas.

“Berdasarkan rekod Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), jumlah permohonan kewarganegaraan di bawah Perkara 19(1) Perlembagaan Persekutuan yang telah dimohon oleh warga Bangladesh dari 2010 hingga 30 Jun 2022 adalah sebanyak 55 permohonan.

“Daripada jumlah itu, seramai 12 pemohon telah dianugerahkan dengan taraf kewarganegaraan Malaysia,” menurut Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam jawapan bertulis.

Jawapan itu bagi menjawab soalan Ahli Parlimen Labis Pang Hok Liong (Pakatan Harapan) yang meminta perincian kriteria dan jumlah warganegara Bangladesh telah diberikan kerakyatan Malaysia antara 2010 hingga 2021.

Katanya, sebanyak tiga permohonan diluluskan pada 2010 serta tiga lagi permohonan diluluskan pada 2011, disusuli pada 2013 (satu), 2014 (dua), 2015 (dua) dan 2016 (satu).

Selepas 2016, tiada sebarang kelulusan permohonan kewarganegaraan Malaysia diluluskan kepada pemohon warga Bangladesh sehingga Jun lalu.

Berita berkaitan
Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan
March 5, 2024· Isu semasa
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024· Politik
Dengar cerita warga China sertai MM2H layak dapat PR, dakwa MP Masjid Tanah
December 16, 2023· Politik
Kerajaan sedar tak rakyat sedang tertekan hari ini? soal Senator UMNO
December 13, 2023· Isu semasa
Popular
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
RCI Tabung Haji akan ditubuh untuk pulih keyakinan rakyat
July 14, 2021
Potong usus jadi pilihan VIP: Untuk cantik atau sihat?
August 8, 2022
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
8 jam lalu · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
8 jam lalu · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok