12 kluster baharu pendidikan dikesan semalam

Sebanyak 17 kluster baharu Covid-19 yang melibatkan 371 jangkitan positif dilaporkan dalam tempoh 24 jam semalam, menurut laman sesawang CovidNOW Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini.

Daripada jumlah itu 12 kluster melibatkan pendidikan, tempat kerja (tiga) dan masing-masing satu kluster kumpulan berisiko tinggi serta pusat tahanan.

Empat daripada kluster pendidikan dilaporkan di Kuala Lumpur, Selangor (dua) dan masing-masing satu di Pulau Pinang, Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Kelantan serta Putrajaya.

Empat kluster pendidikan di Kuala Lumpur terdiri daripada:

  • Kluster Jalan Empat Segambut, Kepong – 8 kes;
  • Kluster Jalan Datuk Abdul Razak, Titiwangsa – 7 kes;
  • Kluster Dua Jalan Bukit Nanas, melibatkan Lembah Pantai, Titiwangsa dan Kepong – 6 kes; dan
  • Kluster Dua Jalan Kuchai Lama, Lembah Pantai – 8 kes.

Dua kluster pendidikan di Selangor pula melibatkan:

  • Kluster Jalan Pos Baru melibatkan daerah Klang, Hulu Selangor, Hulu Langat, Kuala Langat, Gombak, Kuala Selangor, Petaling – 22 kes; dan
  • Kluster Dua Jalan Klinik, Klang, Gombak dan Petaling – 11 kes.

Kluster pendidikan di negeri lain melibatkan:

  • Kluster Jalan Ara Kuda, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang – 76 kes;
  • Kluster Pura Kencana, Batu Pahat, Johor – 20 kes;
  • Kluster Lorong Tun Fatimah, Melaka Tengah, Melaka – 23 kes;
  • Kluster Batu 17 Kundur, Rembau, Negeri Sembilan – 18 kes;
  • Kluster Jalan Tanah Putih Galas, Gua Musang, Kelantan – 34 kes; dan
  • Kluster Putra Sepuluh, Putrajaya – 6 kes.

Sementara itu dua kluster tempat kerja di laporkan di Negeri Sembilan melibatkan 74 kes dan Johor (30 kes), manakala satu kluster pusat tahanan di Cheras, Kuala Lumpur (13 kes) dan kluster kumpulan berisiko tinggi di Kampar, Perak (15 kes).

BERITA BERKAIT
POPULAR