
Kluster pendidikan, majoriti melibatkan pelajar sekolah, dikesan sejak 1 Januari 2022, susulan pembukaan sesi penggal ketiga persekolahan 2021/2022.
Dua belas daripada 14 kluster baharu yang dikesan dalam tempoh 24 jam semalam melibatkan kategori pendidikan, manakala dua lagi adalah berkaitan tempat kerja dan kumpulan berisiko tinggi, lapor Kementerian Kesihatan (KKM), hari ini.
Lima daripada kluster pendidikan itu dilaporkan di Kedah, Selangor (dua), dan masing-masing satu kluster di Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Sabah, Kelantan dan Johor.
Keseluruhannya seramai 292 individu dikesan positif Covid-19 menerusi kluster pendidikan.
Di Kedah kluster pendidikan melibatkan:
- Kluster Dah Jalan Langgar Kota Setar – 36 kes;
- Kluster Dah Titi Besi, Kota Setar – 46 kes;
- Kluster Dah Lavender, Kubang Pasu – 22 kes;
- Kluster Dah Sungai Tukang, Kuala Lumda – 17 kes; dan
- Kluster Dah Suka Menanti, Kota Setar dan Baling – 27 kes
Di Selangor:
- Kluster Jalan Dua Belas Sabak, Sabak Bernam – 11 kes; dan
- Kluster Jalan Haji Ibrahim, Kuala Langat dan Hulu Langat – 10 kes.
Di Kuala Lumpur ia melibatkan Kluster Jalan Satu Batu Muda, Kepong membabitkan 10 kes, manakala di Pulau Pinang ialah Kluster Permatang Pauh Seberang Jaya di Seberang Perai Tengah (23 kes).
Di Sabah pula melibatkan Kluster Lorong Api-Api di Kota Kinabalu (34 kes); di Kelantan membabitkan Kluster Sungai Sam Krai, Kuala Krai (48 kes), dan di Johor ialah Kluster Jalan Parit Kemang, Batu Pahat (lapan kes).