12 kematian akibat Covid semalam tertinggi sejak pertengahan Ogos

September 23, 2022 · Isu semasa

Negara merekodkan 12 kematian akibat komplikasi Covid-19 dalam tempoh 24 jam semalam (Khamis, 22 September 2022) – tertinggi sejak pertengahan bulan lalu, lapor Kementerian Kesihatan (KKM).

Data Github KKM menunjukkan kali terakhir negara mencatat jumlah tertinggi kematian akibat Covid-19 ialah pada 17 Ogos lalu iaitu sebanyak 15 pesakit.

Daripada 12 pesakit yang meninggal dunia semalam, tujuh daripadanya melibatkan kes kematian di luar fasiliti kesihatan atau ‘brought in death’ (BID).

Semalam, Kedah mencatat empat kematian yang semuanya adalah kes BID, manakala Selangor turut merekodkan empat kematian di fasiliti kesihatan.

Selebihnya, masing-masing satu kematian di Kuala Lumpur (BID); Pahang (BID); Sabah (BID); dan Sarawak.

Jumlah baharu itu menjadikan kumulatif kematian akibat komplikasi Covid-19 sejak Mac 2020 hingga semalam meningkat kepada 36,342 kes, termasuk 7,729 kes BID.

Sementara itu, jangkitan baharu Covid-19 di seluruh negara turut meningkat daripada 2,116 kes pada Rabu, kepada 2,245 kes semalam, termasuk enam kes import.

Jumlah itu menjadikan kumulatif positif Covid-19 sejak wabak itu melanda Malaysia pada Januari 2020 meningkat kepada 4,826,220 kes, dengan 4,764,219 pesakit telah sembuh, termasuk 1,901 pesakit yang pulih semalam.

Daripada jumlah jangkitan baharu semalam, 1,556 kes melibatkan individu yang telah menerima suntikan dos penggalak vaksin Covid-19, diikuti 450 kes (penerima dua dos); 225 kes (individu tidak divaksinasi); dan 14 kes (individu yang belum lengkap divaksinasi).

Data laman sesawang CovidNOW yang dikemas kini tengah malam tadi menunjukkan sehingga kini sebanyak 25,659 kes masih aktif, meningkat semula berbanding 25,327 yang dicatat pada Rabu.

Jumlah itu termasuk, 24,440 pesakit yang masih menjalani kuarantin di rumah (24,169 pada Rabu), sementara seorang pesakit dimasukkan ke PKRC.

Jumlah pesakit yang dirawat di hospital juga meningkat kepada 1,163, berbanding 1,101 pesakit pada Rabu, manakala seramai 55 pesakit dirawat di unit rawatan rapi (57 pada Rabu), dengan 35 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan (37 pada Rabu).

Berikut adalah jumlah kes baharu dan kumulatif positif Covid-19 mengikut negeri sehingga semalam:

  • Selangor – 581 (1,472,615);
  • Kuala Lumpur – 523 (434,741);
  • Johor – 40 (393,430);
  • Sabah – 178 (393,671);
  • Sarawak – 136 (314,984);
  • Kedah – 76 (309,327);
  • Pulau Pinang – 103 (296,684);
  • Kelantan – 70 (253,360);
  • Perak – 182 (226,521);
  • Negeri Sembilan – 137 (221,422);
  • Pahang – 50 (177,267);
  • Melaka – 91 (134,827);
  • Terengganu – 34 (129,470);
  • Putrajaya – 27 (27,241);
  • Labuan – 8 (22,245); dan
  • Perlis – 9 (18,415).

Berita berkaitan
Bajet 2023 kekal fokus bina semula, kukuhkan ekonomi
60 minit lalu· Isu semasa
Semakan keperluan pemakaian pelitup muka dalam kapal terbang
2 jam lalu· Isu semasa
Apa jasa Zahid pulihkan negara selain desak PRU awal dan jatuhkan kerajaan?
3 jam lalu· Politik
Selepas Muhyiddin gesa tangani isu inflasi dan nilai ringgit, baharu Anwar desak
September 28, 2022· Politik
Popular
Pakar motivasi nafi cuba rosakkan reputasi Ebit Lew
September 28, 2022
Kerajaan perlu wujudkan mekanisme pantau, nilai pelaksanaan syor MPN
September 28, 2022
Mahkamah tolak permohonan Shafee gantung prosiding saman LHDN
September 28, 2022
‘Mencurah wang’ daripada syarikat berkait Jho Low masuk akaun Najib
September 28, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Hari ketiga perbicaraan kes Ebit Lew, seorang lagi pendakwah dijangka jadi saksi
53 minit lalu · Isu semasa
Ringgit dibuka tinggi sedikit berbanding semalam berbanding dolar
2 jam lalu · Isu semasa
2,445 kes semalam, dua kematian
4 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan perlu wujudkan mekanisme pantau, nilai pelaksanaan syor MPN
14 jam lalu · Isu semasa
SRC, 2 anak syarikat selesai saman terhadap Putrade Property: Laporan
15 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Sampai kiamat pun Guan Eng kata saya menteri gagal, sindir Hishammuddin
September 27, 2022
[VIDEO] PAS komited bersama PN, akan umum hala tuju PRU15
September 27, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok