1,186 kes baharu, 7 kematian

September 27, 2022 · Isu semasa

Jangkitan baharu Covid-19 di seluruh negara semalam (Isnin, 26 September 2022) terus turun kepada 1,186 kes, berbanding 1,608 yang dicatat pada Ahad, lapor Kementerian Kesihatan (KKM), hari ini.

Jumlah itu menjadikan kumulatif positif Covid-19 sejak wabak itu melanda Malaysia pada Januari 2020 meningkat kepada 4,833,008 kes, dengan 4,772,630 pesakit telah sembuh, termasuk 1,690 pesakit yang pulih semalam.

Daripada jumlah jangkitan baharu semalam, 762 kes melibatkan individu yang telah menerima suntikan dos penggalak vaksin Covid-19, diikuti 266 kes (penerima dua dos); 153 kes (individu tidak divaksinasi); dan lima kes (individu yang belum lengkap divaksinasi).

Data laman sesawang CovidNOW yang dikemas kini awal pagi tadi menunjukkan sehingga kini sebanyak 24,021 kes masih aktif, turun berbanding 24,532 yang dicatat pada Ahad.

Jumlah itu termasuk, 22,874 pesakit yang masih menjalani kuarantin di rumah, turun berbanding 23,336 pesakit pada Ahad, manakala seorang sahaja pesakit dirawat di PKRC.

Jumlah pesakit yang dirawat di hospital pula turun semula kepada 1,094, berbanding 1,142 pesakit pada Ahad, manakala seramai 52 pesakit dirawat di unit rawatan rapi (51 pada Ahad), dengan 35 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan (29 pada Ahad).

Berikut adalah jumlah kes baharu dan kumulatif positif Covid-19 mengikut negeri sehingga semalam:

  • Selangor – 213 (1,474,528);
  • Kuala Lumpur – 237 (436,150);
  • Sabah – 125 (394,255);
  • Johor – 60 (393,631);
  • Sarawak – 49 (315,263);
  • Kedah – 73 (309,571);
  • Pulau Pinang – 56 (297,023);
  • Kelantan – 59 (253,535);
  • Perak – 110 (227,153);
  • Negeri Sembilan – 90 (221,788);
  • Pahang – 17 (177,408);
  • Melaka – 47 (135,104);
  • Terengganu – 35 (129,567);
  • Putrajaya – 7 (27,333);
  • Labuan – 0 (22,254); dan
  • Perlis – 8 (18,445).

Sementara itu, tujuh pesakit dilaporkan meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19 semalam. Tiada kematian di luar fasiliti kesihatan atau kes ‘brought in death’ (BID).

Semua kes kematian itu direkodkan di Johor; Kedah; Pahang; Perak; Sabah; Selangor; dan Terengganu.

Jumlah baharu itu menjadikan kumulatif kematian akibat komplikasi Covid-19 sejak Mac 2020 hingga semalam meningkat kepada 36,357 kes, termasuk 7,731 kes BID.

Sementara itu, satu kluster baharu Covid-19 dilaporkan di Macang, Kelantan, yang melibatkan Kluster Pulai Chondong (kluster pendidikan) melibatkan tujuh kes.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
PRU15: Tiada laluan khas pengundi positif Covid-19 di pusat undi
November 16, 2022· Isu semasa
KJ, Dr Noor Hisham disaman isu vaksin Covid-19
November 16, 2022· Isu semasa
Zahid ulang lagi kata lantikan PM terserah kepada budi bicara Agong
November 15, 2022· Politik
Covid-19 : Pengundi positif dilarang naik Grab, bas keluar undi
November 15, 2022· Isu semasa
Popular
Wartawan dinyahkan dari kumpulan WhatsApp PMO?
November 25, 2022
Sentiasa buat baik dan buatlah yang terbaik, pesan Radzi
November 25, 2022
3,024 kes baharu, lapan kematian
November 26, 2022
Kerajaan laksana PKP di 6 daerah Selangor bermula 6 Mei
May 4, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Lelaki muat naik video berunsur perkauman dibebaskan
4 minit lalu · Isu semasa
3,024 kes baharu, lapan kematian
12 jam lalu · Isu semasa
Wartawan dinyahkan dari kumpulan WhatsApp PMO?
23 jam lalu · Isu semasa
Sentiasa buat baik dan buatlah yang terbaik, pesan Radzi
November 25, 2022 · Isu semasa
2,877 kes baharu, lapan kematian
November 25, 2022 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Muhyiddin zahir terima kasih, Perikatan tidak akan sertai kerajaan Anwar
20 jam lalu
[VIDEO] Setpol Ismail Sabri dikaitkan rancang jatuhkan Najib
24 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok