1,180,415 kanak-kanak terima dua dos vaksin Covid-19

June 2, 2022 · Isu semasa

Sebanyak 2,431 dos vaksin Covid-19 diberikan kepada kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun, menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids), semalam (Rabu, 1 Jun 2022).

Angka itu menjadikan jumlah kanak-kanak yang menerima dua dos vaksin sejak PICKids dilancarkan hingga semalam sebanyak 1,180,415 atau 33.2 peratus.

Sejumlah 1,728,942 atau 48.6 peratus lagi menerima suntikan dos pertama. PICKids telah ditamatkan 31 Mei lalu, namun jumlah yang akan menerima suntikan semalam adalah mereka yang mendaftar sebelumnya.

Selepas ini semua vaksin akan diberikan di fasiliti kesihatan swasta dengan dikenakan bayaran pada harga tertentu yang tidak dikawal kerajaan.

Sementara itu, sejak PICK dilancarkan 24 Februari tahun lalu, seramai 16,100,274 individu dewasa atau 68.4 peratus telah menerima suntikan dos penggalak.

Pada masa sama, 22,975,123 atau 97.6 peratus golongan itu melengkapkan suntikan dua dos vaksin, manakala 23,251,598 atau 98.8 peratus lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Bagi remaja berusia 12 hingga 17 tahun pula, seramai 2,914,722 atau 93.7 peratus melengkapkan dua dos, sementara 3,011,068 atau 96.8 peratus lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Keseluruhannya sejak tahun lalu hingga semalam sebanyak 70,947,904 dos vaksin Covid-19 telah diberikan kepada populasi Malaysia, termasuk warga asing.

Berita berkaitan
Radzi berharap Dr Noor Hisham terus menyumbang kepada negara
June 3, 2023· Isu semasa
Tuaran dikategori zon merah Covid-19 selepas kes meningkat
May 16, 2023· Isu semasa
Penduduk Malaysia dianggar 33.2 juta : Jabatan Perangkaan
May 11, 2023· Isu semasa
Kemasukan hospital pesakit Covid-19 meningkat: KKM
May 5, 2023· Isu semasa
Popular
Tiada lagi subsidi ayam dan telur pada 1 Julai: Mat Sabu
June 8, 2023
Dewan Rakyat riuh bila sup tulang babi dicadang jadi makanan kebangsaan
June 7, 2023
Singapura tak guna OPR, Dr M beritahu Anwar
June 7, 2023
Speaker tolak usul bahas skandal LCS, tapi kenapa kerap dibincang semasa PRU?
June 8, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Hans Isaac kini Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia
3 jam lalu · Isu semasa
Siasatan ke atas Sanusi episod hitam dalam negara, kata PAS
3 jam lalu · Isu semasa
Kedah tawar pinjaman pendidikan buat pelajar yang layak ke IPTA, IPTS
4 jam lalu · Isu semasa
Anak saudara Sivarasa bebas tuduhan rasuah
5 jam lalu · Isu semasa
Speaker tolak usul bahas skandal LCS, tapi kenapa kerap dibincang semasa PRU?
6 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Pemuda menangis teruk Najib dapat anugerah
3 jam lalu
[VIDEO] Gelombang sudah ada, PN tetap usaha menang PRN enam negeri
21 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok