11,793 kes denggi di Selangor, Petaling paling tinggi

June 2, 2022 · Isu semasa

Sebanyak 11,793 kes demam denggi dilaporkan di Selangor sehingga 28 Mei lepas, kata Pengarah Kesihatan Negeri Datuk Dr Sha’ari Ngadiman.

Dr Sha’ari berkata daripada jumlah itu, berlaku peningkatan kes sebanyak 87.2 peratus melibatkan 5,492 kes berbanding minggu epid (ME) sama tahun lepas.

“Pada ME 21, sejumlah 866 kes denggi telah dilaporkan di Selangor, iaitu penurunan sebanyak 5.9 peratus berbanding 920 kes pada minggu sebelumnya,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata lima daerah utama yang mencatatkan kes demam denggi tertinggi iaitu Petaling 4,436 kes, Klang (2,729), Hulu Langat (2,435), Gombak (1,188) dan Sepang (334).

“Jumlah lokaliti wabak denggi aktif adalah sebanyak 331 dengan perincian lokaliti titik panas (hotspot) iaitu 33, wabak tidak terkawal (26) serta wabak terkawal dan wabak baru (272),” katanya tiada kematian denggi didaftarkan pada minggu ini, menjadikan jumlah kes kematian denggi kekal pada tiga kes.

Selain itu, Dr Sha’ari turut menyarankan agar setiap komuniti di kawasan kediaman dapat melaksanakan aktiviti pembersihan tempat pembiakan nyamuk Aedes secara berkala.

“Meluangkan hanya 10 minit seminggu dan pastikan semua takungan air yang tidak digunakan di persekitaran masing-masing dimusnahkan.

Meletakkan ubat pembunuh jentik-jentik ditempat takungan air yang tidak dapat dimusnahkan,” katanya.

Berita berkaitan
Ada cadangan roboh Stadium Shah Alam, kata MB Selangor
20 jam lalu· Isu semasa
Noh beri penjelasan pemecatan pengikut Najib, salah lantik
June 26, 2022· Politik
Pengikut setia Najib dipecat sebagai Ketua Penerangan BN Selangor
June 8, 2022· Politik
Selepas PAS sertai PN, formula pengagihan kerusi tak lagi terpakai
June 8, 2022· Politik
Popular
Nissan Skyline R32 dipamer di Art of Speed dirampas polis
July 3, 2022
Pemuda UMNO kritik penubuhan Pasukan Khas Jihad diumum Ismail Sabri
July 3, 2022
Jika harga barang tak turun, PM tak tolak pertimbang kenaikan bantuan tunai
July 3, 2022
Daripada berhimpun, baik jumpa saya cari jalan turun harga barang: Annuar
July 3, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Daripada berhimpun, baik jumpa saya cari jalan turun harga barang: Annuar
9 jam lalu · Isu semasa
Jika harga barang tak turun, PM tak tolak pertimbang kenaikan bantuan tunai
9 jam lalu · Isu semasa
Nissan Skyline R32 dipamer di Art of Speed dirampas polis
11 jam lalu · Isu semasa
Pemuda UMNO kritik penubuhan Pasukan Khas Jihad diumum Ismail Sabri
13 jam lalu · Isu semasa
Kompleks hiburan sukan konsep digital RM6 juta bakal dibina di Ketereh
13 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tak serius, kerajaan ambil lewa isu harga barang, kata pemimpin Amanah
July 1, 2022
[FOTO] Himpunan bantahan kenaikan harga
July 1, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok