117 kematian dilaporkan semalam

October 6, 2021 · Isu semasa

Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan sebanyak 117 kematian akibat Covid-19 dilaporkan di seluruh negara dalam tempoh 24 jam semalam, Isnin, 5 Oktober 2021, menjadikan kumulatif kepada 26,876 kes.

Jumlah itu termasuk 16 pesakit meninggal dunia sebelum dibawa ke hospital atau ‘brought in death’ (BID), menjadikan keseluruhan kes BID sejak awal tahun lalu meningkat kepada 5,398 kes.

Bagaimanapun tiada statistik jumlah kematian harian mengikut negeri yang dinyatakan KKM dalam laman sesawang COVIDNOW seperti kebiasaannya, sebaliknya data hanya menunjukkan jumlah keseluruhan kematian di negeri sehingga semalam.

Keseluruhannya Selangor mencatat jumlah kematian tertinggi sejak Covid-19 menular di negara ini awal tahun lalu, dengan merekodkan
9,409 kematian, termasuk 1,999 kes BID.

Ini diikuti Johor dengan 3,372 kematian (403 BID); Kuala Lumpur 2,506 (653 BID); Sabah 2,285 (878 BID); Kedah 1,884 (291 BID); Pulau Pinang 1,410 (313 BID); Negeri Sembilan 1,200 (126 BID); Perak 930 (127 BID); Sarawak 914 (166 BID); Melaka 860 (108 BID); Kelantan 857 (171 BID); Pahang 603 (75 BID); Terengganu 395 (39 BID); Labuan 149 (42 BID); Perlis 80 (enam BID); dan Putrajaya 22 (satu BID).

Sementara itu, jumlah kes aktif Covid-19 di seluruh negara sehingga semalam, 5 Oktober 2021, turun kepada 135,945 kes berbanding 142,860 yang direkodkan pada Isnin.

KKM memaklumkan daripada jumlah itu 110,462 pesakit menjalani kuarantin di rumah, turun lagi berbanding 116,748 pesakit yang dilaporkan sehingga Isnin.

Seramai 16,394 pesakit lagi dirawat di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), berbanding 16,862 pesakit yang direkodkan pada Isnin.

KKM juga melaporkan jumlah pesakit Covid-19 yang dirawat di hospital juga turun kepada 8,243 kes berbanding 8,383 kes yang dicatatkan sehingga Isnin, manakala 846 pesakit lagi dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU), termasuk 441 yang memerlukan alat bantuan pernafasan.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 sebanyak 3,927 dengan enam kematian baharu
August 6, 2022· Isu semasa
Dua peguam Zahid dijangkiti Covid-19, bicara kes rasuah YAB ditangguh
August 5, 2022· Isu semasa
Kadar pengangguran masih tinggi walaupun turun pada 2022
August 3, 2022· Isu semasa
India sahkan kematian pertama jangkitan cacar monyet
August 2, 2022· Dunia
Popular
Najib tarik balik dakwaan hakim rasuah, berkeras minta perbicaraan semula
August 9, 2022
Mahkamah lepas, bebas Peter Anthony daripada enam tuduhan
August 9, 2022
Skandal kapal tempur TLDM ‘ribut’ jatuhkan BN, UMNO pada PRU-15
August 9, 2022
Warga Indonesia antara empat didakwa racun burung merpati
August 9, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Reka bentuk pun belum siap, bagaimana Hisham boleh kata LCS akan siap setahun dua?
9 minit lalu · Isu semasa
3,083 kes semalam, 12 kematian
2 jam lalu · Isu semasa
RUU Undang-Undang Keselamatan Sosial Suri Rumah 2022 lulus
2 jam lalu · Isu semasa
Mahkamah lepas, bebas Peter Anthony daripada enam tuduhan
12 jam lalu · Isu semasa
Warga Indonesia antara empat didakwa racun burung merpati
13 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[FOTO] Dragon Muay Thai gegar Bukit Bintang
August 8, 2022
[VIDEO] Jentera UMNO diarah mantap persiapan hadapi PRU-15
August 5, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok