
Data sehingga 15 Disember 2022.
Jumlah jangkitan baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam semalam (Khamis, 15 Disember 2022) turun semula kepada 1,161 kes, berbanding 1,241 yang direkodkan pada Rabu.
Jumlah terbaharu itu menjadikan kumulatif positif sejak 25 Januari 2020 sebanyak 5,014,885 kes dengan 4,961,287 pesakit telah sembuh, termasuk 1,562 yang pulih semalam, menurut data terbaharu Kementerian Kesihatan (KKM).
Dalam tempoh semalam juga sebanyak 828 kes melibatkan individu yang telah menerima vaksin dos penggalak; diikuti 200 kes individu lengkap divaksinasi; tiga kes (individu belum lengkap divaksinasi); dan 130 kes (individu tidak divaksinasi).
Rekod KKM juga menunjukkan sebanyak 16,811 kes masih aktif, turun berbanding 17,215 yang dicatat pada Rabu, manakala 15,749 pesakit masih menjalani kuarantin di rumah (16,138 pada Rabu). Tiada pesakit yang ditempatkan di PKRC.
Menurut KKM, seramai 1,004 pesakit menerima rawatan di hospital (1,010 pada Rabu), dan 58 dimasukkan ke unit rawatan rapi (67 pada Rabu). Seramai 34 pesakit ICU memerlukan alat bantuan pernafasan (43 pada Rabu).
Berikut adalah pecahan kes baharu semalam mengikut negeri dan wilayah, serta kumulatif kes positif:
- Selangor – 362 (1,540,476)
- Kuala Lumpur – 142 (465,203)
- Sabah – 41 (406,170)
- Johor – 30 (397,479)
- Sarawak – 132 (322,620)
- Kedah – 73 (317,399)
- Pulau Pinang – 59 (306,153)
- Kelantan – 42 (259,530)
- Perak – 54 (237,975)
- Negeri Sembilan – 46 (230,152)
- Pahang – 35 (182,046)
- Melaka – 82 (143,493)
- Terengganu – 25 (132,550)
- Putrajaya – 30 (31,850)
- Labuan – 7 (22,882)
- Perlis – 1 (18,907).
Sementara itu, seramai tiga pesakit meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19 semalam, dengan satu daripadanya melibatkan kematian di luar fasiliti kesihatan atau ‘brought in death’ (BID).
Jumlah itu menjadikan kumulatif kematian sejak 17 Mac 2020 meningkat kepada 36,787 mangsa, termasuk 7,838 kes BID.
Dua daripada kematian itu masing-masing dilaporkan di Selangor, sementara satu lagi kes BID di Sarawak.