11 pesakit meninggal dunia semalam, 10 negeri catat sifar kematian

January 9, 2022 · Isu semasa

Tiada kes kematian direkodkan di 10 negeri dan Wilayah Persekutuan semalam, sementara jumlah pesakit yang meninggal dunia dalam tempoh itu juga semakin menurun berbanding hari-hari sebelumnya.

Tiada kematian direkodkan di Johor, Kedah, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perlis, Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

Dalam tempoh 24 jam semalam, sebanyak 11 kes kematian dilaporkan di enam lagi negeri, termasuk dua pesakit meninggal dunia sebelum sempat mendapatkan rawatan di hospital atau dikategorikan sebagai kes ‘brought in death ‘ (BID).

Jumlah itu menjadikan kumulatif kematian sejak wabak Covid-19 melanda negara pada Februari 2020 lalu meningkat kepada 31,655 kes, termasuk 6,386 kes BID, lapor Kementerian Kesihatan (KKM), hari ini.

Daripada enam negeri itu, Selangor mencatat enam kes kematian, menjadikan kumulatif di negeri itu sebanyak 9,993 kes, termasuk 2,116 kes BID.

Menerusi laman sesawang Covidnow yang dikemas kini tengah malam tadi, sehingga semalam, Selangor merekodkan 792,914 kumulatif kes positif dengan 772,649 pesakit telah sembuh, dan 10,272 kes masih aktif.

Daripada jumlah kes aktif itu, seramai 9,137 pesakit menjalani kuarantin di rumah; 258 ditempatkan di PKRC; 832 dimasukkan ke hospital; dan 45 pesakit dirawat di unit rawatan rapi (ICU), dengan 17 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Setakat ini, lebih 11.35 juta dos vaksin telah diberikan kepada penduduk Selangor dengan 94.3 peratus atau 4,773,794 daripadanya telah lengkap divaksinasi.

Sebanyak 95.5 peratus atau 4,843,407 populasi lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos, manakala 1,748,925 individu lagi menerima suntikan dos penggalak.

Sementara itu, lima negeri masing-masing merekodkan satu kes kematian iaitu Kelantan, Perak, Sabah, Sarawak dan Terengganu.

Sejak awal 2020 lalu hingga semalam, negara merekodkan 2,783,331 kumulatif kes positif, dengan 2,711,900 pesakit telah sembuh, dan 39,776 kes masih aktif.

Daripada jumlah kes aktif itu, seramai 32,866 pesakit menjalani kuarantin di rumah; 3,230 ditempatkan di PKRC; 3,427 dimasukkan ke hospital; dan 253 pesakit dirawat di ICU dengan 115 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sejak 24 Februari 2021 hingga semalam, lebih 59.03 juta dos vaksin Covid-19 telah diberikan kepada penduduk Malaysia, dengan 78.5 peratus atau 25,643,935 individu telah lengkap divaksinasi.

Sebanyak 79.7 peratus atau 26,019,908 individu lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos, dan 7,570,846 mereka yang layak telah menerima suntikan dos penggalak.

Berita berkaitan
Sebanyak 32.8 peratus kes baharu Covid-19 di Sarawak disebabkan BA.5
August 11, 2022· Isu semasa
Kes baharu Covid-19 sebanyak 3,927 dengan enam kematian baharu
August 6, 2022· Isu semasa
Dua peguam Zahid dijangkiti Covid-19, bicara kes rasuah YAB ditangguh
August 5, 2022· Isu semasa
Kadar pengangguran masih tinggi walaupun turun pada 2022
August 3, 2022· Isu semasa
Popular
Serang ustaz, pelajar tahfiz: Dua lelaki ditahan, tiga masih diburu
August 12, 2022
Skandal LCS: “Duit BNS sudah habis, esok pun company boleh lingkup”
August 13, 2022
Jho Low, bapa abai perintah beku aset: 1MDB dibenar bertindak
August 13, 2022
Menteri agama gesa KDN ambil tindakan wanita pakai ihram lelaki
August 12, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Skandal kapal tak siap, kontraktor bawa petugas media ke tapak pembinaan
4 minit lalu · Isu semasa
Mufti Pulau Pinang bidas wanita pakai ihram ketika umrah tak berakal
21 minit lalu · Isu semasa
Kerajaan cadang bina litar perlumbaan drag seluruh negeri: PM
28 minit lalu · Isu semasa
RUU Sumbangan Politik dibentang pada Oktober: Wan Junaidi
32 minit lalu · Isu semasa
Pakar ekonomi jangka OPR naik dua kali lagi, mungkin naik bayaran pinjaman
3 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Bersatu serah memorandum tubuh RCI siasat projek LCS
August 10, 2022
[FOTO] Dragon Muay Thai gegar Bukit Bintang
August 8, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok