11 lokaliti di Sabah, Pahang kena PKPD mulai 8 Jun

June 6, 2021 · Isu semasa

Sebanyak 11 lokaliti membabitkan tujuh di Sabah dan empat di Pahang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula 8 hingga 21 Jun berikutan peningkatan ketara kes positif Covid-19 dalam tempoh dua minggu di kawasan itu.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata tujuh lokaliti yang dikenakan PKPD di Sabah ialah Kampung Ongkilan di Kota Marudu; Kampung Pulutan serta Kampung Murni C di Nabawan; Kampung Bolong Baru di Tuaran; Kampung Tamalang serta Kampung Tuguson di Kota Belud; dan Kampung Bergosong di Pulau Sebatik, Tawau.

Katanya, PKPD di Pahang pula membabitkan Kampung Jaya Gading dan sebahagian Kampung Seri Damai serta Bandar Baru Jaya Gading dan Kawasan Perindustrian Gebeng di Kuantan.

Dalam kenyataan hari ini beliau berkata, arahan PKPD itu adalah bagi memudahkan Kementerian Kesihatan melaksanakan saringan bersasar ke atas penduduk yang terlibat dan seterusnya mengekang penularan Covid-19 ke kawasan lain.

Ismail Sabri juga berkata PKPD di tujuh mukim di Kuantan, Pahang yang membabitkan Beserah, Kuala Kuantan 1, Kuala Kuantan 2, Penor, Sungai Karang, Ulu Kuantan dan Ulu Lepar serta Taman Abaka, Ladang Table, Tawau pula ditamatkan seperti dijadual hari ini.

Mengulas operasi pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), beliau berkata 982 individu ditahan atas kesalahan ingkar SOP semalam dan daripada jumlah itu, 933 dikompaun manakala 49 direman.

Katanya kesalahan tertinggi yang direkodkan ialah tidak memakai pelitup muka iaitu 222 kes.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Rahman Dahlan nafi UMNO Sabah sudah muktamadkan kerjasama dengan Warisan
December 15, 2023· Politik
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Popular
Hubungi 997 jika kena scam
October 14, 2022
Iklan ‘duit raya’ GDBET333 dinyahaktif
April 16, 2021
Jangan sewa akaun bank kepada scammer, elak jadi mangsa penipuan
September 20, 2021
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok