11 kluster baharu, 6 pendidikan

Sebelas lagi kluster baharu Covid-19 dilaporkan semalam (8 Mac 2022) melibatkan 213 jangkitan positif, lapor Kementerian Kesihatan (KKM), hari ini.

Sehingga kini sebanyak 6,860 kluster Covid-19 dikesan di seluruh negara sejak awal 2020 lalu dengan 445 kes masih aktif, manakala selebihnya telah ditamatkan.

Daripada jumlah kluster baharu yang dikesan itu, enam membabitkan kluster pendidikan, tempat kerja (tiga) dan masing-masing satu kluster kumpulan berisiko tinggi serta komuniti.

Kluster pendidikan yang dilaporkan semalam melibatkan:

  • Kluster Jalan Tajul 2, Kota Tinggi, Johor – 12 kes;
  • Kluster Jalan Padang Tembak Kluang, Kluang, Johor – 59 kes;
  • Kluster Jalan Pokok Sena, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang – 11 kes;
  • Kluster Jalan Ramuan Cina Besar, Alor Gajah, Melaka – 27 kes;
  • Kluster Dua Taman Koperasi, Kepong, Kuala Lumpur – 14 kes; dan
  • Kluster Kampung Hala 2, Sabak Bernam, Selangor – 25 kes.

Tiga kluster tempat kerja ialah:

  • Kluster Jalan Dahlia 30, Johor Bahru – 7 kes;
  • Kluster Jalan Pc 10 2, Muallim, Perak – 15 kes; dan
  • Kluster Industri Tok Khalifah, Sabak Bernam, Selangor -12 kes.

Sementara itu kluster komuniti yang dikesan semalam melibatkan Kluster Kampung Bukit Asu, Hulu Perak dengan 16 kes, manakala kluster kumpulan berisiko tinggi pula membabitkan Kluster Jalan Bukit Kuda, Klang, Selangor (15 kes).

BERITA BERKAIT
POPULAR