
Pelitup muka terpakai yang dibuang merata-rata mungkin telah dicemari Covid-19 dan mendedahkan risiko jangkitan kepada orang lain. - Gambar hiasan
Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan 11 pesakit meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19 di tiga negeri dalam tempoh 24 jam semalam (Sabtu, 6 Ogos 2022), termasuk satu kematian di luar fasiliti kesihatan atau ‘brought in death’ (BID).
Jumlah kematian akibat Covid-19 sejak wabak itu melanda negara pada Januari 2020 hingga semalam kini meningkat kepada 36,020 kes, termasuk 7,655 kes BID, lapor KKM menerusi laman sesawang CovidNOW.
Lima daripada kes kematian terbaharu itu dicatat di Johor dan Selangor, manakala satu kes di Pulau Pinang.
Sejak seminggu lalu, pesakit berusia 80 tahun dan ke atas adalah individu paling ramai meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19 iaitu sebanyak 34.0 peratus, diikuti pesakit berusia 70 hingga 79 tahun (30.0 peratus).
Sebanyak 12.0 peratus kematian akibat Covid-19 membabitkan pesakit berusia 40 hingga 49 tahun; 10.0 peratus (60-69 tahun); 8.0 peratus (50-59 tahun); 4.0 peratus (0-4 tahun); dan 2.0 peratus (30-39 tahun).
Sementara itu, KKM juga memaklumkan sebanyak 4,684 jangkitan baharu harian Covid-19 dilaporkan semalam, meningkat berbanding 3,927 kes yang dicatat pada Jumaat.
Daripada jumlah itu, 3,402 kes Covid-19 melibatkan penerima vaksin dos penggalak; 874 kes (individu lengkap dua dos); 375 (individu tidak divaksinasi); dan 33 kes membabitkan individu yang menerima satu dos.
Jumlah kumulatif positif Covid-19 kini meningkat kepada 4,705,824, dengan 4,622,900 pesakit telah sembuh, termasuk 4,275 pesakit yang pulih semalam.
Sehingga semalam juga sebanyak 46,904 kes masih aktif, termasuk 45,264 pesakit menjalani kuarantin di rumah, dan 28 ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).
Pada masa sama seramai 1,556 pesakit dirawat di hospital, manakala 56 pesakit dimasukkan ke unit rawatan rapi, dengan 35 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.
Berikut adalah pecahan kes baharu semalam serta kumulatif positif sejak Januari 2020 lalu mengikut negeri:
- Selangor – 2,164 (1,437,016);
- Kuala Lumpur- 887 (410,246);
- Johor – 123 (389,401);
- Sabah – 267 (383,199);
- Sarawak – 84 (310,243);
- Kedah – 87 (305,202);
- Pulau Pinang – 197 (291,950);
- Kelantan – 51 (250,021);
- Perak – 289 (216,783);
- Negeri Sembilan – 204 (214,837);
- Pahang – 81 (174,470);
- Melaka – 142 (130,117);
- Terengganu – 24 (127,589);
- Putrajaya – 62 (24,813);
- Labuan – 10 (21,942); dan
- Perlis – 12 (17,977).