11 kematian, 155,673 kes aktif

Malaysia merekodkan 11 lagi kematian akibat komplikasi Covid-19 semalam, termasuk lima yang meninggal dunia sebelum sempat mendapatkan rawatan di hospital atau kes BID, lapor Kementerian Kesihatan (KKM), hari ini.

Jumlah kes terbaharu itu menjadikan kumulatif kematian sehingga semalam sebanyak 32,125 kes, termasuk 6,493 kes BID.

Hanya empat negeri mencatat kes kematian semalam iaitu lima kes di Sabah, Johor (empat) dan masing-masing satu di Kelantan serta Pahang.

Sehingga semalam, Sabah merekodkan 274,260 kumulatif kes positif dengan 244,243 pesakit telah sembuh, dan 27,166 kes masih aktif.

Daripada jumlah kes aktif itu, seramai 24,550 pesakit menjalani kuarantin di rumah; 1,397 ditempatkan di PKRC; 1,183 dimasukkan ke hospital; dan 36 dirawat di unit rawatan rapi (ICU), termasuk 18 yang memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sehingga kelmarin 2,399,514 atau 62.6 peratus daripada populasi di Sabah telah lengkap divaksinasi, manakala 2,463,657 atau 64.3 peratus lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos, dan 546,702 atau 20.1 peratus individu dewasa menerima dos penggalak.

Sementara itu, jumlah kematian terkumpul akibat Covid-19 di Johor kini mencecah 3,943, kedua tertinggi berbanding negeri-negeri lain selepas Selangor.

Sehingga kini, Johor merekodkan 282,427 kumulatif kes positif dengan 257,271 pesakit telah sembuh, dan 21,213 kes masih aktif.

Daripada jumlah kes aktif itu seramai 19,634 pesakit menjalani kuarantin di rumah; 512 ditempatkan di PKRC; 1,039 dimasukkan ke hospital; dan 28 dirawat di ICU, dengan 21 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sehingga semalam negara merekodkan 3,040,235 kumulatif positif – ketiga tertinggi dalam kalangan negara-negara ASEAN. Daripada jumlah itu 2,852,437 pesakit telah sembuh dan 155,673 kes masih aktif, naik 15,337 kes berbanding 140,336 kes kelmarin.

Daripada jumlah kes aktif itu, seramai 143,076 pesakit menjalani kuarantin di rumah; 6,118 ditempatkan di PKRC; 6,292 dimasukkan ke hospital; dan 187 pesakit dirawat di ICU dengan 109 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Pecahan kes berkaitan Covid-19 di setiap negeri sehingga 13 Februari 2022.

BERITA BERKAIT
POPULAR