11 kategori pendidikan antara 20 kluster baharu dikesan semalam

Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini memaklumkan 11 lagi kluster baharu Covid-19 kategori pendidikan dilaporkan dalam tempoh 24 jam semalam, ketika kes baharu meningkat kepada 20,939 semalam, berbanding 19,090 kes kelmarin.

Kluster pendidikan itu dilaporkan di lapan negeri membabitkan tiga di Pahang; Johor (dua); dan masing-masing satu di Sabah, Perak, Kelantan, Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan Selangor.

Di Pahang, kluster pendidikan yang dilaporkan ialah:

  • Kluster Jalan Benta, Pekan – 29 kes;
  • Kluster Benus Bentong – 22 kes; dan
  • Kluster Jergoh Lanchang, Temerloh – 14 kes.

Di Johor pula membabitkan:

  • Kluster Jalan Serom Bukit Gambir, Tangkak – 15 kes; dan
  • Kluster Jalan Kejora Utama, Kota Tinggi – 65 kes.

Sementara itu, kluster pendidikan di Sabah melibatkan Kluster Pengkalan Abai, Kota Belut dengan 39 jangkitan; Kluster Jalan Seruan Kinta di Kinta, Perak (10 kes); dan Kluster Bukit Ilmu 3, Machang, Kelantan (25 kes).

Kluster pendidikan di Pulau Pinang melibatkan Kluster Kampung Permatang Haji Hassan, Seberang Perai Utara dengan 28 kes; Kluster Jalan Kiambang, Seremban, Negeri Sembilan (12 kes); dan Kluster Persiaran Cybersouth Satu, Sepang, Selangor (24 kes).

Sementara itu, enam kluster tempat kerja dilaporkan di Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Selangor, Kuala Lumpur, Pahang dan Johor.

Dua kluster komuniti pula dilaporkan di Kelantan dan Sabah, manakala satu kluster pusat tahanan di Seremban, Negeri Sembilan.

Berdasarkan statistik laman sesawang Covidnow kendalian KKM yang dikemas kini tengah malam tadi, daripada 20 kluster baharu yang dikesan semalam, 586 individu dijangkiti Covid-19.

BERITA BERKAIT
POPULAR