11 April akan diadakan sidang khas bentang RUU Anti Lompat Parti

March 24, 2022 · Isu semasa

Rang Undang-Undang (RUU) Antilompat Parti dibentang dan dibahaskan di Dewan Rakyat pada 11 April ini.

Perkara itu disahkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan ia juga sudah mendapat persetujuan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Jelasnya, Ismail Sabri selaku pemimpin nombor satu negara memiliki pretogatif untuk memanggil Sidang Khas Dewan Rakyat.

Sehubungan itu, beliau memberi jaminan kepada semua Ahli Parlimen (MP) bahawa kerajaan kekal komited untuk membentangkan RUU itu bagi mengawal tindakan wakil rakyat melompat parti selepas pilihan raya.

Semalam, seorang MP DAP, Anthony Loke memberitahu Ismail Sabri sudah memberi jaminan RUU Anti Lompat Parti akan dibentangkan pada sidang khas Dewan Rakyat pada Ramadan.

Loke yang juga Setiausaha Agung DAP itu berkata Perdana Menteri mengesahkan janji tersebut semasa dalam mesyuarat semalam yang dihadiri Presiden Amanah, Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

RUU tersebut antara salah satu janji yang termaktub dalam memorandum persefahaman (MoU) antara Pakatan Harapan (PH) dengan kerajaan yang dimerterai sebelum ini, malah sepatutnya dibentangkan pada sidang Dewan Rakyat yang sedang berlangsung dan bakal berakhir esok.

RUU tersebut sepatutnya dibentang pada sidang yang akan berakhir hari ini, tetapi Wan Junaidi berkata berkata kabinet memutuskan bahawa RUU itu masih memerlukan penelitian lanjut bagi memastikan pindaan itu mendapat sokongan di Dewan Rakyat.

Jelas Wan Junaidi, dibawah Perkara 159 Perlembagaan Persekutuan, sokongan majoriti dua pertiga di Dewan diperlukan untuk meminda Perlembagaan Persekutuan.

Pada 13 September lalu, Pakatan Harapan dan kerajaan Ismail Sabri menandatangani MoU dalam urusan pentadbiran kerajaan.

MoU tersebut dijangka berakhir pada Julai ini dan UMNO semasa Perhimpunan Agung 2021 baru-baru ini juga lantang mendesak pembubaran Parlimen bagi memberi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) disegerakan.

Berita berkaitan
Adalah tak munasabah UMNO-BN bolot banyak kerusi, kata PH Kelantan
21 jam lalu· Politik
Dikritik tolak usul skandal LCS, Speaker jawab kepada Syed Saddiq sebab ditolak
June 8, 2023· Politik
Kenapa pula UMNO tak boleh bersama DAP, kata Zahid pertahan kerjasama
June 7, 2023· Politik
RUU rokok: Bung nak buka rahsia KJ
June 7, 2023· Isu semasa
Popular
SPRM sahkan beku akaun bekas menteri kanan dalam siasatan dana RM2.3 bilion
June 9, 2023
Sanusi mohon perintah mahkamah tentukan skop pengampunan Anwar
June 9, 2023
Kerajaan buat pusingan U, umum subsidi ayam dan telur akan diteruskan
June 9, 2023
Tiada lagi subsidi ayam dan telur pada 1 Julai: Mat Sabu
June 8, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kerajaan buat pusingan U, umum subsidi ayam dan telur akan diteruskan
10 jam lalu · Isu semasa
Khidmat Nor Shamsiah tak disambung, Shaik Abdul Rasheed jadi Gabenor baharu 1 Julai
10 jam lalu · Isu semasa
Bank Negara jangka ringgit tak cecah paras RM5 berbanding dolar
11 jam lalu · Isu semasa
40 beg tangan 1MDB akan dilelong : Azalina
11 jam lalu · Isu semasa
UMNO kena ‘move on’, tak perlu gesa DAP minta maaf: PKR
12 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Zahid sebak laungan bebas Bossku bergema depan Anwar
14 jam lalu
[VIDEO] Pemuda menangis teruk Najib dapat anugerah
June 8, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok