[KEMAS KINI] 109 kematian direkod hari ini, kembali ke tiga angka

June 5, 2021 · Isu semasa

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi sebanyak 109 kematian berkaitan Covid-19 direkodkan di seluruh negara.

Katanya, semua kematian itu membabitkan warganegara dan meningkatkan jumlah kumulatif kepada 3,291 atau 0.54 peratus.

“Sebanyak 886 pesakit kini dirawat di unit rawatan rapi dengan 446 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya dalam kenyataan di Twitter rasmi beliau hari ini.

Beliau berkata kes aktif kini mencecah 85,607 dengan 6,105 sembuh.

Dr Noor Hisham juga berkata, dalam tempoh itu 24 kluster baharu dikesan di seluruh negara membabitkan 772 individu positif Covid-19.

Daripada jumlah itu katanya, lima kluster di Sarawak, Negeri Sembilan (2); Pulau Pinang (1); Selangor (3); Johor (4); Terengganu (1); Pahang (2); Sabah (2) dan Kuala Lumpur (3).

Katanya, sebanyak 17 daripada jumlah kluster baharu yang dikesan itu adalah Kluster Tempat Kerja, lima kluster komuniti dan masing-masing satu kluster kumpulan berisiko tinggi dan pendidikan tinggi.

Terdahulu Dr Noor Hisham memaklumkan sebanyak 7,452 kes baharu Covid-19 direkodkan sepanjang 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi.

Beliau berkata, antara negeri mencatatkan kes tertinggi adalah Selangor dengan 2,509 kes diikuti Negeri Sembilan (843 kes) dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (678).

Berita berkaitan
Lokman Adam bebas tuduhan sebar berita palsu berkait Covid-19, vaksin
June 23, 2023· Isu semasa
Kertas putih vaksin, KJ tak salahkan PMX terima nasihat tak tepat
June 13, 2023· Isu semasa
Perolehan vaksin tanpa pengetahuan AGC : KKM sangkal dakwaan PM
June 12, 2023· Isu semasa
Radzi berharap Dr Noor Hisham terus menyumbang kepada negara
June 3, 2023· Isu semasa
Popular
Hassan pertahan pendedahan bekalan barang terputus kerana ia adalah fakta
September 26, 2023
Jangan gopoh, kata Mat Sabu ulas gesaan halang warga asing beli beras
September 26, 2023
Kumpulan peguam persoal PH dan PMX membisu hukuman penjara Wan Ji
September 26, 2023
Perbicaraan Ebit Liew: Saksi beritahu pemacu pena ada bahan berunsur lucah
September 26, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Hassan pertahan pendedahan bekalan barang terputus kerana ia adalah fakta
15 jam lalu · Isu semasa
Bunuh teman wanita: Bekas pemandu bas terlepas hukuman gantung, dipenjara 40 tahun
15 jam lalu · Isu semasa
Perbicaraan Ebit Liew: Saksi beritahu pemacu pena ada bahan berunsur lucah
15 jam lalu · Isu semasa
Jangan gopoh, kata Mat Sabu ulas gesaan halang warga asing beli beras
21 jam lalu · Isu semasa
Permohonan lelaki bunuh kekasih hamil dirujuk psikiatri ditolak mahkamah
21 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Rakyat jangan emosi warga asing beli barangan subsidi, isu sengaja diperbesarkan
15 jam lalu
[VIDEO] Saya bukan saintis, boleh belajar proses REE dari Lynas, kata menteri
19 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok