1,055 kes dera kanak-kanak dilaporkan dari Jan sehingga Jun 2022

September 6, 2022 · Isu semasa

Sejumlah 1,055 kes penderaan kanak-kanak direkodkan di seluruh negara oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dari tempoh Januari hingga Jun tahun ini.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff berkata berdasarkan statistik itu, penderaan fizikal sebanyak 578 kes (54.8 peratus), penderaan seksual 417 kes (39.6 peratus) dan penderaan emosi 60 kes (5.6 peratus), lapor Bernama.

Katanya daripada jumlah itu juga, 706 kes atau 68 peratus adalah melibatkan kanak-kanak perempuan dan 349 kes atau 33 peratus kanak-kanak lelaki.

“Adalah menjadi satu kesalahan sekiranya kita tidak ambil peduli dan boleh dikenakan hukuman selaras dengan Akta Kanak-Kanak 2001, dengan tiga pihak yang perlu membantu dalam kes tersebut iaitu pengamal perubatan, penjaga serta pengasuh.

“Mereka ini wajib melaporkan perkara tersebut (penderaan) sekiranya tahu sebarang kes keganasan terhadap kanak-kanak,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kempen Membanteras Jenayah Seksual Dalam Talian Terhadap Kanak-Kanak di Pasir Mas hari ini.

Siti Zailah yang juga Ahli Parlimen Rantau Panjang berkata bagi tempoh 2020 hingga 2022, Selangor mencatatkan kes penderaan tertinggi iaitu 4,256 kes, diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (2,131 kes), Sabah (1,239 kes) dan Johor (1,155 kes).

Menurutnya statistik pihak polis bermula Januari hingga Jun tahun ini juga merekodkan 1,348 kes kesalahan seksual melibatkan kanak-kanak iaitu rogol 641 kes, rogol berkumpulan (47 kes), sumbang mahram (127 kes), seks luar tabii (95 kes) dan cabul (438 kes).

“Trend ini menunjukkan perkembangan yang tidak sihat terutamanya yang melibatkan golongan rentan,” katanya.

Berita berkaitan
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024· Politik
Agus dipanggil beri keterangan esok terhadap dakwaan gangguan seksual
December 13, 2023· Politik
Waris bayi ditinggalkan tepi longkang sedang dicari
December 5, 2023· Isu semasa
Laporan Wahab dakwa Agus buat gangguan seksual disiasat polis
December 1, 2023· Isu semasa
Popular
Cendawan tahi lembu jadi dadah untuk kepuasan berhibur: Polis
April 6, 2021
Polis tahan 11 lagi saksi kes tarian separuh bogel majlis Aidilfitri
June 4, 2022
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024
Selama tiga minggu berturut-turut pelabur asing lari dari Malaysia
March 20, 2023
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok