105 pesakit Covid-19 meninggal semalam

October 7, 2021 · Isu semasa

Seramai 105 pesakit Covid-19 meninggal dunia dalam tempoh 24 jam semalam, turun berbanding 117 kes yang dicatatkan pada Selasa.

Angka itu menjadikan kumulatif sejak awal tahun lalu kepada 26,981 kes kematian, lapor Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini.

Jumlah kematian semalam termasuk 26 pesakit yang meninggal dunia sebelum dibawa ke hospital atau brought in death (BID). Jumlah keseluruhan kes BID kini mencecah 5,424 kes.

Dalam tempoh semalam, Sarawak merekodkan jumlah kematian tertinggi membabitkan 27 pesakit, diikuti Sabah (14 kes); Johor (13 kes); Kelantan (12 kes); dan Selangor (10 kes).

Pulau Pinang pula merekodkan tujuh kematian, diikuti Perak (enam kes); Kedah (empat kes); Kuala Lumpur (tiga kes); masing-masing dua kes kematian di Melaka, Negeri Sembilan, Perlis, dan Terengganu; dan satu di Pahang.

KKM menerusi laman sesawang COVIDNOW turut memaklumkan sehingga semalam, 132,175 kes masih aktif, dengan 106,903 menjalani kuarantin di rumah, 16,328 di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 8,097 di hospital, dan 847 di unit rawatan rapi (ICU).

Berita berkaitan
Hospital Indonesia di Gaza rawat 54 penduduk Palestin cedera diserang Israel
August 8, 2022· Dunia
Kes baharu Covid-19 sebanyak 3,927 dengan enam kematian baharu
August 6, 2022· Isu semasa
Dua peguam Zahid dijangkiti Covid-19, bicara kes rasuah YAB ditangguh
August 5, 2022· Isu semasa
Kadar pengangguran masih tinggi walaupun turun pada 2022
August 3, 2022· Isu semasa
Popular
Najib tarik balik dakwaan hakim rasuah, berkeras minta perbicaraan semula
August 9, 2022
Mahkamah lepas, bebas Peter Anthony daripada enam tuduhan
August 9, 2022
Skandal kapal tempur TLDM ‘ribut’ jatuhkan BN, UMNO pada PRU-15
August 9, 2022
Warga Indonesia antara empat didakwa racun burung merpati
August 9, 2022
Lagi Isu semasa terkini
3,083 kes semalam, 12 kematian
2 jam lalu · Isu semasa
RUU Undang-Undang Keselamatan Sosial Suri Rumah 2022 lulus
2 jam lalu · Isu semasa
Mahkamah lepas, bebas Peter Anthony daripada enam tuduhan
12 jam lalu · Isu semasa
Warga Indonesia antara empat didakwa racun burung merpati
12 jam lalu · Isu semasa
UMNO cawangan terima RM10,000 daripada Shahrir Samad, kata saksi
13 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[FOTO] Dragon Muay Thai gegar Bukit Bintang
August 8, 2022
[VIDEO] Jentera UMNO diarah mantap persiapan hadapi PRU-15
August 5, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok