103 ribu hadir program 100 hari, harap tak muncul ‘Kluster Keluarga Covid’

December 12, 2021 · Isu semasa

Setelah didenda RM1,000 kerana tidak patuh kepada protokol dan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan, penganjur majlis sambutan 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia merancang membawa program itu ke seluruh negara pula.

Program itu yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) mendapat sambutan menggalakkan, khususnya daripada warga Lembah Klang, sehingga menimbulkan keresahan masyarakat kerana pada awalnya tidak mematuhi SOP.

Melalui gambar dan klip video yang tular di media sosial, orang ramai yang hadir pada program itu bersesak-sesak, tanpa penjarakan sosial, sehingga menimbulkan kebimbangan berlakunya penularan Covid-19.

Sehingga Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin sendiri mengkritik program anjuran Unit Penyampaian Kemakmuran Bersama (SEPADU), Jabatan Perdana Menteri, bermula Khamis lalu dan berakhir malam ini, kerana tidak mematuhi peraturan.

Beliau sebelum ini mengingatkan sebagai sebuah kerajaan, seharusnya menunjukkan teladan serta amalan terbaik kepada seluruh masyarakat.

“Kita mestilah berpegang kepada standard yang sama seperti yang telah dikenakan ke atas rakyat,” katanya.

Penganjur majlis yang sepatutnya mempamerkan pencapaian 100 hari kerajaan serta semua kementerian dan agensi terlibat, telah dicemari dengan kegagalan penganjur memastikan kepatuhan kepada SOP dan kegagalan pengunjung untuk mematuhi SOP yang ditetapkan mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit (Akta 342).

Situasi kesesakan, tiada penjarakan fizikal dan tiada kawalan jumlah pengunjung yang hadir memberi risiko berlakunya penularan jangkitan Covid-19, apatah lagi jika menurut Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali selama tempoh program berkenaan, seramai 103,000 pengunjung hadir.

Dalam ucapannya menutup program itu malam tadi, Mohd Zuki berkata jumlah pengunjung melebihi sasaran sebanyak 400 peratus.

“Kalau ikut jangkaan awal kita menjangkakan anggaran dalam 4,000 hingga 5,000 orang sehari berdasarkan perbincangan kita dengan pihak Majlis Keselamatan Negara,” katanya.

Malah katanya disebabkan sambutan luar jangkaan itu beberapa perkara terpaksa dipinda termasuk menutup kaunter pembayaran saman yang dibuka oleh Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Pengangkutan Jalan.

Pada masa sama, Mohd Zuki berkata penganjuran pelbagai program dan inisiatif tersebut akan diteruskan melalui Program Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia di peringkat negeri.

“Ini bertujuan membolehkan semua lapisan rakyat memahami dan menghayati aspirasi Perdana Menteri dalam memulihkan semula ekonomi dan kehidupan yang terkesan akibat pandemik Covid-19,” katanya.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Yusri Ketua Polis Perak baharu
August 25, 2022
Kemiskinan berleluasa, ketidakstabilan ekonomi akibat rasuah
February 8, 2023
Reka bentuk baharu jalan Bukit Kayu Hitam ke Sadao siap November
August 28, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok