103 kematian hari ini, kes kanak-kanak di ICU membimbangkan

June 3, 2021 · Isu semasa

Jumlah kematian akibat Covid-19 dalam tempoh 24 jam lalu sehingga 12 tengah hari tadi kekal tiga angka apabila mencatatkan 103 kes, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Terdahulu dalam kenyataannya, beliau berkata jangkitan positif Covid-19 dalam negara kembali menunjukkan peningkatan apabila 8,209 kes direkodkan dalam tempoh sama, dengan Selangor mencatat angka paling tinggi iaitu 3,125 kes.

Beliau berkata, dalam tempoh itu 7,049 dilaporkan sembuh menjadikan kumulatif kes sembih pada 508,947, manakala 83,331 kes masih aktif.

“Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah sebanyak 880 kes dan daripada jumlah itu 446 memerlukan bantuan alat pernafasan,” katanya.

Beliau berkata, 24 kluster baharu dikesan menjadikan keseluruhan kes kluster aktif kepada 683, sementara 1,578 kluster pula sudah ditamatkan.

katanya, daripada 103 kes kematian pada hari ini 26 kes membabitkan di Selangor; 15 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur; 14 kes di Johor, masing-masing lapan kes di Sarawak dan Kelantan, tujuh kes di Sabah, masing-masing enam kes di Negeri Sembilan dan Terengganu, masing-masing empat kes di Pulau Pinang dan Kedah, masing-masing dua kes di Melaka dan Pahang, serta satu kes di Perak.

Sementara itu, Johor dan Kedah mencatatkan peningkatan kes positif dua hari berturut-turut dengan masing-masing Johor merekodkan 752 kes hari ini, berbanding 554 kes semalam, manakala Kedah mencatatkan 373 kes berbanding 283 semalam.

Wilayah Persekutuan Putrajaya kembali mencatat kenaikan mendadak daripada satu kes semalam kepada 33 kes hari ini.

Dr Noor Hisham juga melahirkan kebimbangan mengenai peningkatan kes kritikal dan kematian membabitkan kanak-kanak yang dilaporkan kebelakangan ini.

“Sebanyak tiga kes kematian Covid-19 yang melibatkan kanak-kanak bawah 5 tahun telah dilaporkan sepanjang tahun 2020. Walau bagaimanapun, bilangan yang sama telah direkodkan dalam tempoh yang lebih singkat iaitu tiga kematian dalam lima bulan pertama tahun 2021.

“Selain itu, kes kanak-kanak yang memerlukan rawatan di ICU juga menunjukkan peningkatan yang ketara. Pada 2020, jumlah keseluruhan kes pediatrik yang menerima rawatan di ICU adalah sebanyak lapan kes di mana enam daripadanya berumur bawah 5 tahun.

“Manakala bagi tahun 2021 (sehingga Mei 2021), sebanyak 27 kes memerlukan rawatan di ICU dan 19 kes daripadanya adalah kanak-kanak berumur bawah 5 tahun,” katanya.

Sehubungan itu beliau mengingatkan ibu bapa dan penjaga supaya memainkan peranan penting bagi melindungi anak-anak mereka yang mempunyai imuniti rendah agar terhindar daripada Covid-19.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Kes rasuah kementerian RM41j, penulis blog politik kena cekup SPRM
May 12, 2023
Cendawan tahi lembu jadi dadah untuk kepuasan berhibur: Polis
April 6, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok