10,052 kes, 22 kematian semalam

Jangkitan harian Covid-19 di seluruh negara dalam tempoh 24 jam semalam (Rabu, 13 April 2022), meningkat sedikit berbanding Selasa, lapor Kementerian Kesihatan (KKM), hari ini.

Dalam tempoh itu, 10,052 jangkitan baharu dikesan, naik daripada 9,002 yang dicatat pada Selasa, dengan 10 negeri merekodkan peningkatan, namun dengan nisbah yang kecil.

Jumlah terbaharu itu menjadikan kumulatif positif meningkat kepada 4,352,611 kes, dengan 4,196,656 pesakit telah pulih, 35,363 meninggal dunia, dan 120,592 kes masih aktif.

Sehingga semalam, 117,465 pesakit menjalani kuarantin di rumah; 367 ditempatkan di PKRC; 2,599 dimasukkan ke hospital; dan 161 pesakit dirawat di unit rawatan rapi (ICU), dengan 99 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Daripada 10,052 jangkitan semalam, 6,040 jangkitan membabitkan individu yang telah menerima dos penggalak; 2,145 kes (menerima dua dos); 1,328 (tidak divaksinasi); dan 539 (belum lengkap vaksinasi).

Data laman sesawang CovidNOW yang dikemas kini tengah malam tadi menunjukkan Selangor mencatat 6,156 jangkitan baharu, berbanding 5,100 pada Selasa.

Jumlah itu menjadikan kumulatif positif di Selangor mencecah 1,281,816, dengan 1,204,612 pesakit telah sembuh, 10,595 kes kematian dilaporkan, dan 66,609 kes masih aktif.

Seramai, 65,773 pesakit di Selangor menjalani kuarantin di rumah; 82 ditempatkan di PKRC; 710 dimasukkan ke hospital; dan 44 pesakit dirawat di ICU, dengan 27 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Daripada 6,156 jangkitan di Selangor, 3,893 jangkitan membabitkan individu yang telah menerima dos penggalak; 1,098 kes (menerima dua dos); 807 (tidak divaksinasi); dan 358 (belum lengkap vaksinasi).

Sementara itu, bagi negeri-negeri lain yang mencatat peningkatan adalah seperti berikut:

  • Negeri Sembilan – 552 kes (493 Selasa);
  • Perak – 470 kes (373 Selasa);
  • Kedah – 302 kes (288 Selasa);
  • Sarawak – 295 kes (245 Selasa);
  • Pahang – 176 kes (153 Selasa);
  • Sabah – 158 kes (150 Selasa);
  • Melaka – 144 kes (123 Selasa);
  • Kelantan – 128 kes (86 Selasa); dan
  • Putrajaya – 56 kes (23 Selasa.

Berikut pula adalah pecahan kumulatif positif bagi setiap negeri dan Wilayah Persekutuan sejak Januari 2020 hingga semalam.

  • Selangor – 1,281,816;
  • Johor – 379,041;
  • Sabah – 369,557;
  • Kuala Lumpur – 339,022;
  • Sarawak – 303,175;
  • Kedah – 296,576;
  • Pulau Pinang – 273,726;
  • Kelantan – 246,728;
  • Negeri Sembilan – 196,593;
  • Perak – 196,126;
  • Pahang – 169,481;
  • Terengganu – 124,366;
  • Melaka – 119,493;
  • Labuan – 21,208;
  • Putrajaya – 18,599; dan
  • Perlis – 17,104.

Sementara itu, 22 lagi kematian akibat komplikasi Covid-19 dilaporkan semalam, termasuk enam pesakit meninggal dunia di luar fasiliti kesihatan sebelum mayat di bawa ke hospital untuk bedah siasat atau dikategorikan kes ‘brought in death’ (BID).

Jumlah itu menjadikan keseluruhan kes kematian akibat Covid-19 di negara ini sejak Mac 2020 hingga semalam meningkat kepada 35,363 kes, termasuk 7,468 kes BID.

Data CovidNOW menunjukkan Selangor mencatat tujuh kematian menjadikan kumulatif meningkat kepada 10,595 kes.

Ini diikuti masing-masing tiga kematian di Melaka dan Perak; masing-masing dua di Johor, Kedah serta Pahang; dan masing-masing satu kes di Kelantan, Sabah serta Kuala Lumpur.

Tiada kes kematian akibat Covid-19 dilaporkan di Negeri Sembilan, Perlis, Pulau Pinang, Sarawak, Terengganu, Labuan dan Putrajaya, semalam.

Pecahan kes berkaitan Covid-19 di setiap negeri sehingga 13 April 2022.

BERITA BERKAIT
POPULAR