10,000 lebih gagal hadir janji temu suntikan vaksin di Terengganu

June 1, 2021 · Isu semasa

Sebanyak 10,000 lebih janji temu orang ramai untuk suntikan vaksin Covid-19 gagal dijalankan selepas mereka tidak hadir ke pusat vaksinasi dengan pelbagai alasan diberikan, antaranya tiada kenderaan.

Exco Kesihatan Negeri, Dr Alias Razak berkata rata-rata penerima daripada golongan warga emas memberi alasan terlupa tarikh janji temu dan tiada kenderaan untuk pergi ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) ditetapkan.

Menurutnya, apabila penerima tidak hadir pada tarikh janji temu, pihaknya akan menghubungi individu dalam senarai simpanan untuk menggantikan tempat bagi mengelakkan pembaziran dos vaksin itu.

Berdasarkan statistik daripada laman sesawang Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) seramai 345,492 individu di negeri ini telah mendaftar sebagai penerima vaksin sehingga tengah hari semalam dan daripada jumlah itu seramai 79,185 individu sudah menerima suntikan vaksin.

Menurut laporan Bernama, Dr Alias berkata bagi mengatasi masalah kegagalan menghadiri sesi janji temu vaksinasi yang agak tinggi itu, kerajaan negeri bercadang membuka kaunter pemberian vaksin di masjid demi memudahkan para penerima vaksin.

“Itu antara usaha yang difikirkan untuk memastikan lebih ramai rakyat di Terengganu menerima vaksin. Namun kita terlebih dahulu perlu mengatasi masalah kekangan sumber manusia daripada kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk memberikan suntikan kepada penerima di masjid,” katanya.

Katanya, Terengganu mempunyai 14 PPV setakat ini dan telah menawarkan lebih 100 klinik swasta di seluruh negeri untuk menjadi ejen pemberian suntikan vaksin Covid-19.

Bagaimanapun, katanya, hanya empat klinik setakat ini sudah bersetuju memberikan kerjasama.

“Bukan sahaja bekalan vaksin kerajaan berikan malah kerajaan akan bayar sebanyak RM14 kepada klinik swasta tersebut bagi setiap suntikan yang diberikan,” katanya.

Berita berkaitan
Takkan kalah sampai nak sekat peruntukan kepada rakyat, kata MB Terengganu
21 jam lalu· Politik
Selepas UMNO kalah PRN, Shahril kata terbukti budaya mengampu masih kuat
August 15, 2023· Politik
Terengganu umum Ahad cuti peristiwa
August 12, 2023· Politik
PN pertahan Terengganu, sapu bersih DUN, menang PRK Kuala Terengganu
August 12, 2023· Politik
Popular
Zaid Ibrahim disiasat bawah Akta Hasutan, diambil keterangan
September 21, 2023
Ribuan peniaga diramal gulung tikar ekoran kenaikan harga bahan mentah: Laporan
September 20, 2023
Kemalangan treler: Pekerja Pos Malaysia dan Mahkamah Ampang dikenal pasti maut
September 20, 2023
Kemalangan treler Putrajaya: Pemandu direman empat hari
September 21, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Zaid Ibrahim disiasat bawah Akta Hasutan, diambil keterangan
5 jam lalu · Isu semasa
RM4 juta masuk akaun Najib dari syarikat berkait Jho Low: Saksi
5 jam lalu · Isu semasa
Kemalangan treler Putrajaya: Pemandu direman empat hari
5 jam lalu · Isu semasa
Penagih dadah meningkat 27 peratus, kata AADK
8 jam lalu · Isu semasa
Kemalangan treler: Pekerja Pos Malaysia dan Mahkamah Ampang dikenal pasti maut
21 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Susah senang bersama, PN tidak akan khianat pengundi sertai kerajaan PH-BN
4 jam lalu
[VIDEO] Rakyat beratur beli beras Rahmah macam negara kita miskin
7 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok