100 individu dewasa Labuan lengkap terima vaksin Covid-19

September 8, 2021 · Isu semasa

Labuan hari ini menjadi wilayah pertama yang mencatatkan 100 peratus populasi dewasanya lengkap menerima dua dos vaksin Covid-19, kata Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Labuan Rithuan Ismail.

Menurutnya, populasi dewasa dalam kalangan imigran di pulau ini juga telah divaksin sekali gus merekodkan 100.5 peratus dewasa yang sudah diimunisasi.

Beliau yang juga Pengerusi Pasukan Petugas Khas Imunisasi Covid-19 (CITF) Labuan berkata sebelum ini pasukan itu telah menyenaraikan 68,500 dewasa yang layak untuk program imunisasi di Labuan.

“Bilangan dewasa yang layak diberi vaksin telah melebihi sasaran berikutan dasar CITF Labuan yang memberi suntikan vaksin kepada semua tanpa mengira kewarganegaraan.

“Kami juga menawarkan vaksin kepada pekerja (dari luar Labuan) dalam sektor perkapalan serta minyak dan gas Labuan,” katanya.

Beliau berkata ribuan pelarian Filipina di dua Skim Penempatan Masyarakat Pelarian (SPMP) juga mendapat vaksinasi sebagai sebahagian daripada usaha pasukan itu mengurangkan penyebaran jangkitan Covid-19 dalam masyarakat tempatan.

“Kita boleh lihat bilangan dewasa yang lengkap vaksinasi akan terus meningkat apabila jumlah orang yang menerima dos pertama mencapai 102.94 peratus setakat semalam.

“Lebih ramai orang yang divaksin lebih baik kerana kita dapat mengawal penularan COVID-19…kerana dasar kami adalah menggalakkan kru perkapalan dan mereka yang berada dalam sektor minyak dan gas mendapatkan suntikan. Bilangan orang yang melengkapkan vaksin pasti akan melebihi sasaran kita,” katanya.

Rithuan berkata CITF Labuan bersedia untuk mengadakan program vaksinasi untuk remaja berusia 16 dan 17 tahun.

Labuan telah lengkap memvaksin 80 peratus populasi dewasa pada 27 Julai lepas dan menjadi yang pertama dalam kalangan Wilayah Persekutuan dan negeri di Malaysia yang mencapai imuniti terhadap Covid-19.

Berita berkaitan
Kempen vaksinasi cacar monyet bermula di Itali
August 9, 2022· Dunia
Mahkamah tolak permohonan MP Labuan untuk pindah kes
August 2, 2022· Politik
Dos penggalak kedua boleh diambil bagi individu sihat berusia 50-60 tahun
July 19, 2022· Isu semasa
Vaksin buatan Bangladesh dapat kelulusan untuk diuji pada manusia
July 19, 2022· Dunia
Popular
Serang ustaz, pelajar tahfiz: Dua lelaki ditahan, tiga masih diburu
August 12, 2022
Skandal LCS: “Duit BNS sudah habis, esok pun company boleh lingkup”
August 13, 2022
Jho Low, bapa abai perintah beku aset: 1MDB dibenar bertindak
August 13, 2022
Menteri agama gesa KDN ambil tindakan wanita pakai ihram lelaki
August 12, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Skandal kapal tak siap, kontraktor bawa petugas media ke tapak pembinaan
17 minit lalu · Isu semasa
Mufti Pulau Pinang bidas wanita pakai ihram ketika umrah tak berakal
34 minit lalu · Isu semasa
Kerajaan cadang bina litar perlumbaan drag seluruh negeri: PM
42 minit lalu · Isu semasa
RUU Sumbangan Politik dibentang pada Oktober: Wan Junaidi
46 minit lalu · Isu semasa
Pakar ekonomi jangka OPR naik dua kali lagi, mungkin naik bayaran pinjaman
3 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Bersatu serah memorandum tubuh RCI siasat projek LCS
August 10, 2022
[FOTO] Dragon Muay Thai gegar Bukit Bintang
August 8, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok