100 doktor tolak lantikan tetap: Adakah mogok 26 Julai bermotif politik?

August 24, 2021 · Isu semasa

Penolakan pelantikan ke jawatan tetap oleh 100 daripada 300 pegawai perubatan kohort ketiga bulan ini menimbulkan satu persoalan apabila ianya dikaitkan dengan tindakan mereka melancarkan mogok di seluruh negara pada Julai lalu.

Ketika membuat desakan dan mogok itu, negara di bawah Kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, ketika itu turut berdepan kemelut politik.

Bagi mengelakkan daripada sektor kesihatan terjejas tatkala negara sedang berperang dengan pandemik Covid-19, Kabinet Kerajaan PN dan Muhyiddin mengemukakan penyelesaian segera serta pelan yang lebih komprehensif pada 23 Julai 2021.

Namun, pada 26 Julai 2021, ratusan pegawai perubatan kontrak sambil berbaju hitam yang sesetengahnya mendapat ‘restu’ doktor senior, melancarkan mogok di seluruh negara, yang antara lain menggesa kerajaan menyerapkan mereka ke jawatan tetap, berbanding taraf kontrak sekarang ini.

Tetapi, amat memeranjatkan apabila tawaran pelantikan ke jawatan tetap itu ditolak pula oleh 100 daripada 300 pegawai perubatan kohort ketiga yang baharu dilaksanakan bulan ini.

Penolakan itu mencetuskan persoalan sama ada mereka telah dipengaruhi oleh unsur-unsur politik untuk mengadakan mogok, bagi memburuk-burukkan Kerajaan PN yang ketika itu juga sedang berdepan serangan politik daripada blok pembangkang dan beberapa kerat pemimpin UMNO.

Hari ini, Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan (KKM) Datuk Mohd Shafiq Abdullah mendedahkan 300 pegawai perubatan daripada kohort ketiga iaitu yang kumpulan lantikan 15 Mei 2017 yang layak dipertimbangkan, telah ditawarkan pelantikan tetap, tetapi 200 sahaja yang menerimanya.

“Baki seramai 100 orang pegawai yang tidak melapor diri bertugas melibatkan 85 pegawai perubatan menolak tawaran dan 15 pegawai lagi meletak jawatan berikutan mendapat tawaran lain,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bukan setakat KKM, malah rakyat juga memandang serius penolakan pelantikan ke jawatan tetap itu, sedangkan doktor-doktor kontrak berkenaan melancarkan mogok dengan mengemukakan tuntutan kepada kerajaan supaya melantik mereka secara tetap.

Jadi, apa tujuan sebenar mogok itu, yang dikatakan akan diadakan lagi pada masa depan jika tawaran ke jawatan tetap pun ditolak?

Adakah individu tertentu yang mengepalai mogok itu mendapat arahan daripada parti politik yang melancarkan serangan ‘kerajaan gagal’ terhadap PN dan Muhyiddin?

Mungkinkah mereka juga terlibat dalam gerakan untuk menunjukkan ‘kerajaan gagal’ menangani masalah perjawatan mereka?

Mengulas lanjut Mohd Shafiq menegaskan KKM tidak akan menawarkan lagi jawatan tetap kepada pegawai perubatan yang telah menolak tawaran itu sebaliknya akan ditawarkan kepada pegawai lain yang sedang menunggu giliran.

Beliau menjelaskan urusan pelantikan secara tetap diteruskan seperti biasa namun pelaksanaannya tertakluk kepada kekosongan dari semasa ke semasa.

Berita berkaitan
Peniaga produk kosmetik tak boleh guna gelaran doktor untuk buat iklan
July 25, 2022· Isu semasa
Doktor swasta terlibat tipu sijil vaksin direman lagi
January 14, 2022· Isu semasa
Polis tidak buka kertas siasatan terhadap hartal doktor kontrak
July 28, 2021· Isu semasa
Mat Sabu, Dr Dzulkefly perlu diberikan Ivermectin bukan rakyat
July 28, 2021· Isu semasa
Popular
81% pencarum KWSP Bumiputera miliki kurang RM1,000: Laporan
October 1, 2022
Mangsa banjir di Johor meningkat lagi pada tengahari, Mat Maslan mana?
October 3, 2022
MPN bimbang kejatuhan ringgit, tapi Gabenor kata bukan pengukur keadaan ekonomi
October 3, 2022
Permohonan Najib ke Parlimen ditolak Jabatan Penjara, kata peguam
October 3, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Dua juta pekerja asing bakal masuk dalam tempoh terdekat: Saravanan
8 jam lalu · Isu semasa
Bantuan makanan bawah program MPN libatkan hampir 15,000 golongan rentan
9 jam lalu · Isu semasa
Ringgit jatuh lagi menghampiri RM4.70, kerajaan masih abai nasihat MPN
9 jam lalu · Isu semasa
MPN bimbang kejatuhan ringgit, tapi Gabenor kata bukan pengukur keadaan ekonomi
9 jam lalu · Isu semasa
Permohonan Najib ke Parlimen ditolak Jabatan Penjara, kata peguam
11 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Najib bukan Ahli Parlimen jika pengampunan ditolak, jelas Shafee
9 jam lalu
[VIDEO] Hutang negara dalam dolar AS hanya 5 peratus, kata menteri
12 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok