[KEMAS KINI] 60 kematian, 5,293 kes baharu

June 20, 2021 · Isu semasa

Sebanyak 60 kematian akibat Covid-19 dilaporkan di seluruh negara dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi menjadikan kumulatif kepada 4,408 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata dalam tempoh sama 5,293 kes positif baharu dilaporkan menjadikan kumulatif kes sebanyak 696,408 kes.

Beliau berkata, Selangor mencatatkan kes tertinggi sebanyak 1,680 diikuti Sarawak dengan 661 kes, dan Johor (627 kes).

Berdasarkan data yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia hari ini, 10 negeri mencatat penurunan kes, manakala Sarawak, Johor, Melaka, Pahang, Putrajaya dan Perlis menunjukkan peningkatan.

Pada masa sama beliau berkata, 5,941 pesakit telah sembuh menjadikan kumulatif sebanyak 628,185 kes, manakala kes masih aktif pula sebanyak 63,815.

“Seramai 880 pesakit dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 454 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan,” katanya.

Data 20 Jun 2021

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Ceroboh ruang udara: Malaysia kemuka bantahan, panggil Duta China
June 1, 2021
Netizen persoal isu ‘roadtax’, MyJPJ jika bawa kenderaan orang lain
February 10, 2023
Bajet 2024: Cukai perkhidmatan naik jadi 8%, subsidi minyak diesel dimansuhkan
October 13, 2023
Muhyiddin, keluarga ucap selamat menyambut Deepavali
October 23, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024 · Isu semasa
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024 · Isu semasa
Kata masuk pelaburan berbilion, Rafidah terkejut kilang tayar tutup
March 7, 2024 · Isu semasa
Laman akaun Facebook tak boleh diakses jutaan pengguna
March 5, 2024 · Isu semasa
Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan
March 5, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok