10 lagi kluster pendidikan dikesan

Sepuluh daripada 12 kluster baharu Vovid-19 yang dikesan semalam melibatkan kategori pendidikan, manakala masing-masing satu membabitkan pusat tahanan dan kumpulan berisiko tinggi.

Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan kluster pendidikan itu dikesan di masing-masing dua di Perak, Kelantan, Pahang, serta Selangor dan masing-masing satu di Pulau Pinang serta Kuala Lumpur.

Dua kluster pendidikan di Perak melibatkan:

  • Kluster Batu 26 Datuk, Hilir Perak – 10 kes; dan
  • Kluster Lebuh Cator, Kinta – 6 kes.

Di Kelantan melibatkan:

  • Kluster Jalan Kampung Telok, Bachok – 25 kes; dan
  • Kluster Jalan Kampung Siram, Pasir Mas – 21 kes.

Di Pahang pula membabitkan:

  • Kluster Temerloh Jaya, Temerloh – 20 kes; dan
  • Kluster Jalan Perkuburan, Rompin – 30 kes.

Di Selangor, kluster pendidikan melibatkan:

  • Kluster Jalan Pahang Kuala Kubu Bharu di Hulu Selangor dan Hulu Langat – 34 kes; dan
  • Kluster Jalan Istana Lama, Kuala Langat – 6 kes.

Kluster pendidikan di Pulau Pinang membabitkan Kluster Jalan Pantai Bersih di Seberang Perai Utara, dan Seberang Perai Tengah, melibatkan sembilan kes, dan Kluster Lorong Peel di Cheras, Lembah Pantai, Titiwangsa di Kuala Lumpur (sembilan kes).

Sementara itu, kluster pusat tahanan pula ialah Kluster Teluk Air Tawar Butterworth, Pulau Pinang membabitkan 37 kes, dan kluster kumpulan berisiko tinggi di Hulu Selangor, Selangor (10 kes).

Sehingga semalam sebanyak 492 kluster masih aktif, manakala 5,720 lagi telah ditamatkan, dengan Selangor merekodkan kluster aktif tertinggi sekarang ini berbanding negeri dan Wilayah Persekutuan lain, iaitu sebanyak 77 kluster.

BERITA BERKAIT
POPULAR