10 kluster baharu semuanya pendidikan dikesan di 6 negeri

April 17, 2022 · Isu semasa

Sepuluh kluster baharu Covid-19 dilaporkan dalam tempoh 24 jam semalam (Sabtu, 16 April 2022) di enam negeri, meningkat berbanding lapan kluster yang dikesan pada Jumaat.

Ini menjadikan 39 kluster pendidikan Covid-19 telah dikesan sejak 1 April lalu hingga semalam yang melibatkan 1,817 kes.

Data laman sesawang CovidNOW menunjukkan semua kluster yang dikesan semalam juga melibatkan pendidikan, dengan empat daripadanya di Selangor; Melaka (dua); dan masing-masing satu di Perak, Pulau Pinang, Kuala Lumpur, dan Negeri Sembilan

Empat kluster di Selangor melibatkan:

  • Kluster Jalan Ampang Pechah di Daerah Hulu Selangor, Gombak dan Klang – 66 kes;
  • Kluster Batu 13 Jalan Cheras 2 di Hulu Langat, Sepang, Gombak, Klang dan Kuala Langat – 99 kes;
  • Kluster Hulu Langat Batu Sepuluh di Hulu Langat dan Sepang – 35 kes; dan
  • Kluster Tiga Jalan Kota Raja di Klang, Gombak, Hulu Selangor dan Sepang – 38 kes.

Dua kluster pendidikan di Melaka ialah:

  • Kluster Jalan Kolej Yayasan 2 di Alor Gajah – 100 kes; dan
  • Kluster Londang 2 di Alor Gajah – 83 kes.

Kluster pendidikan yang lain membabitkan:

  • Kluster Jalan Parit Tanjung Belanja 2 di Perak Tengah, Perak – 20 kes;
  • Kluster Jalan Pondok Upeh 2, Barat Daya, Pulau Pinang – 58 kes;
  • Kluster Jalan Budiman 3 di Cheras dan Titiwangsa, Kuala Lumpur – 29 kes; dan
  • Kluster Jalan Meranti Jaya, Seremban, Negeri Sembilan – 21 kes.

Sejak awal 2020 hingga semalam negara mencatat 6,984 kluster Covid-19 dengan 116 daripadanya masih aktif manakala selebihnya telah ditamatkan.

Sementara itu, data CovidNOW juga menunjukkan lebih ramai individu berusia 30 hingga 39 tahun dijangkiti Covid-19 dalam tempoh minggu ini iaitu sebanyak 15,428 kes, diikuti 13,882 kes mereka yang berumur 18 hingga 29 tahun.

Sejumlah 8,639 kes lagi melibatkan usia 40 hingga 49 tahun; 6,477 (12-17 tahun); 5,408 (5-11 tahun); 5,350 (50-59 tahun); 3,715 (0-4 tahun); 3,290 (60-69 tahun); 1,510 (70-79 tahun); dan 761 (80 tahun dan ke atas).

Data kematian mengikut kumpulan umur.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Kenali pereka kasut, Jimmy Choo
November 6, 2021
BNM dijangka naikkan OPR 25 mata asas lagi bulan depan
October 21, 2022
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok