
Daripada 17 kluster yang muncul sejak awal tahun ini, 11 daripadanya adalah institusi pendidikan iaitu tiga daripada kolej, masing-masing satu sekolah menengah agama, sekolah berasrama penuh dan sekolah menengah.
Sepuluh lagi kluster pendidikan direkodkan dalam tempoh 24 jam semalam membabitkan enam negeri dan Wilayah Persekutuan, menurut statistik laman sesawang Kementerian Kesihatan (KKM), Covidnow yang dikemas kini tengah malam tadi.
Daripada jumlah kluster pendidikan itu, empat dilaporkan di Sabah melibatkan:
- Kluster Jalan Pendidikan Ranau – 25 kes;
- Kluster Sungai Batang Batu Sepuluh, Sandakan – 50 kes;
- Kluster Jalan Tandek, Kota Marudu – 35 kes; dan
- Kluster Jalan Taman Beringin, Kota Marudu – 25 kes.
Dua kluster pendidikan di Melaka melibatkan:
- Kluster Jalan Plaza Pandan, Melaka Tengah – 16 kes; dan
- Kluster Jalan Durian Daun, Melaka Tengah – 19 kes.
Manakala kluster pendidikan di Negeri Sembilan melibatkan Kluster Taman Serting Jaya, Jempol dengan 25 kes; Kluster Kampung Demit Darat, Kota Bharu dan Bachok, Kelantan (11 kes); Kluster Aisyah Gambang, Kuantan (11 kes); dan Kluster Tiga Jalan Yaacob Latif, Cheras, Kuala Lumpur (lima kes).
Sementara itu, tujuh kluster tempat kerja dan masing-masing satu kluster pusat tahanan, keagamaan, komuniti dan kumpulan berisiko tinggi turut dilaporkan, semalam.
Keseluruhannya sebanyak 6,478 kluster dikesan sejak awal 2020 lalu, dengan 6,132 telah ditamatkan manakala 346 lagi masih aktif.