10 kematian dicatat semalam

Seramai 10 pesakit Covid-19 meninggal dunia, termasuk satu kes kematian sebelum sempat dirawat di hospital atau dikategorikan sebagai kes brought in death (BID), direkodkan di tujuh negeri semalam

Jumlah itu menjadikan keseluruhan kumulatif kematian sejak awal 2020 lalu meningkat kepada 31,902 kes, termasuk 6,429 kes BID, menurut Kementerian Kesihatan (KKM), hari ini.

Berdasarkan statistik laman sesawang Covidnow kendalian KKM yang dikemas kini tengah malam tadi, Selangor merekodkan tiga kes kematian, diikuti dua di Sabah, dan masing-masing satu di Pahang, Melaka, Kelantan, Kedah dan Johor.

Sehingga semalam 10 negeri kekal mencatat kematian melebihi 1,000 kes dengan Selangor merekodkan jumlah tertinggi sebanyak 10,041 kes.

Ini diikuti Johor sebanyak 3,904 kes kematian; Sabah (2,821); Kuala Lumpur (2,696); Kedah (2,186); Pulau Pinang (1,767); Sarawak (1,621); Perak (1,427); Negeri Sembilan (1,334); dan Kelantan (1,272).

Selangor turut merekodkan kes positif terkumpul sebanyak 806,648 kes, dengan 785,188 pesakit disahkan sembuh, dan 11,419 kes masih aktif.

Daripada jumlah kes aktif itu 9,969 pesakit menjalani kuarantin di rumah; 778 ditempatkan di PKRC; 642 dimasukkan ke hospital; dan 30 dirawat di unit rawatan rapi (ICU), dengan 12 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sejak seminggu lalu, 20.8 peratus kematian di Selangor melibatkan tiga peringkat usia iaitu 60 hingga 69 tahun, 70-79 tahun, dan 80 tahun ke atas.

Sebanyak 16.7 peratus kematian lagi melibatkan individu berusia 60 hingga 59 tahun; 8.3 peratus (30-39 tahun dan 40-49 tahun); dan 4.2 peratus (18-29 tahun).

Sehingga semalam, negara merekodkan 2,836,159 kumulatif positif, termasuk 16,352 kes import. Daripada jumlah kes positif itu, seramai 2,759,049 pesakit telah sembuh, dan 45,208 kes aktif.

Daripada jumlah kes aktif itu, 37,772 pesakit menjalani kuarantin di rumah; 4,528 ditempatkan di PKRC; 2,762 dimasukkan ke hospital; dan 146 dirawat di ICU, dengan 65 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

BERITA BERKAIT
POPULAR