1 April lihat anak bulan Ramadan

March 24, 2022 · Isu semasa

Tarikh melihat anak bulan Ramadan bagi menetapkan tarikh permulaan puasa tahun ini ialah pada petang Jumaat, 1 April 2022 Masihi bersamaan 29 Syaaban 1443 Hijriah, menurut Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja.

Penyimpan Mohor Besar Raja-raja dalam kenyataan hari ini menyebut tarikh permulaan puasa akan diisyitharkan pada malam itu melalui radio dan televisyen, lapor Bernama.

Menurut kenyataan itu, jawatankuasa-jawatankuasa berkenaan telah diperkenankan melihat anak bulan Ramadan pada petang hari tersebut di 29 lokasi di seluruh negara iaitu:

  • Pontian Kecil, Johor;
  • Kompleks Falak Al-Khawarizmi Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara, Melaka.
  • Kompleks Baitul Hilal Telok Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan;
  • Bukit Melawati, Kuala Selangor;
  • Bukit Jugra, Banting, Kuala Langat:
  • Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam di Selangor.
  • Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru, daerah Manjong, Perak;
  • Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh, Pulau Pinang:
  • Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda;
  • Pemandangan Indah, Pulau Langkawi;
  • Menara Alor Setar, Alor Setar, Kedah;
  • Bukit Besar, Kuala Terengganu;
  • Bukit Geliga, Kemaman;
  • Pulau Perhentian, Besut;
  • Balai Cerap Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA), Mukim Merang, Setiu di Terengganu;
  • Bukit Peraksi, Pasir Puteh;
  • Bukit Kampung Tembeling, Mukim Manjur, Daerah Olak Jeram, Kuala Krai:
  • Menara Bangunan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (SEDC), Kota Bharu di Kelantan.
  • Pusat Falak Miri, Teluk Bandung, Kuching:
  • Tanjung Batu, Bintulu di Sarawak;
  • Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil, Putatan di Sabah:
  • Bukit Tanjong Batu, Nenasi;
  • Gunung Berinchang, Cameron Highlands;
  • Bukit Pelindong, Kuantan di Pahang;
  • Tingkat 13, Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan;
  • Menara Kuala Lumpur;
  • Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya; dan
  • Menara Pandang, Masjid Al-Hussain Kuala Perlis, Perlis.

“Majlis Raja-Raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan rukyah dan hisab,” katanya.

Berita berkaitan
Hassan persoal kerajaan tarik balik rayuan, adakah Majlis Raja-Raja dirundingi?
May 16, 2023· Isu semasa
Berpuasa tetapi berat badan bertambah? Di mana silapnya?
April 21, 2023· Isu semasa
Raya disambut Sabtu
April 20, 2023· Isu semasa
‘Usah panik raya terkejut’
April 16, 2023· Isu semasa
Popular
Netizen persoal isu ‘roadtax’, MyJPJ jika bawa kenderaan orang lain
February 10, 2023
Ceroboh ruang udara: Malaysia kemuka bantahan, panggil Duta China
June 1, 2021
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024 · Isu semasa
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024 · Isu semasa
Kata masuk pelaburan berbilion, Rafidah terkejut kilang tayar tutup
March 7, 2024 · Isu semasa
Laman akaun Facebook tak boleh diakses jutaan pengguna
March 5, 2024 · Isu semasa
Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan
March 5, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok