1.04 juta kanak-kanak lengkap suntikan dos kedua vaksin Covid

May 15, 2022 · Isu semasa

Seramai 1,045,490 atau 29.4 peratus kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin Covid-19 sejak Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) dilancarkan awal Februari lalu hingga semalam (14 Mei 2022).

Semalam sahaja, seramai 23,694 kanak-kanak telah melengkapkan suntikan dos kedua.

Manakala, 1,634,893 atau 46.0 peratus lagi kanak-kanak menerima suntikan dos pertama, menjadikan setakat ini sebanyak 2,680,383 dos vaksin Covid-19 telah diberikan kepada golongan itu.

PICKids akan ditamatkan pada 31 Mei dan selepas itu ibu bapa akan dikenakan bayaran jika mahu mendapatkan vaksin Covid-19 bagi anak-anak mereka.

Sementara itu, sebanyak 70,653,025 dos vaksin telah diberikan kepada populasi Malaysia, termasuk rakyat asing, sejak PICK diperkenalkan kerajaan pada 24 Februari tahun lalu hingga semalam.

Daripada jumlah itu, 26,920,418 atau 82.4 peratus telah menerima dos kedua, manakala 27,883,092 atau 85.3 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Bagi golongan dewasa berusia 18 tahun dan ke atas pula, seramai 16,062,963 atau 68.3 peratus telah menerima suntikan dos penggalak.

Sebanyak 97.6 peratus atau 22,970,913 individu dewasa melengkapkan dos kedua, manakala 23,246,350 atau 98.8 peratus lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Sementara itu, 2,904,015 atau 93.3 peratus remaja berusia 12 hingga 17 tahun telah lengkap menerima dua dos, dan 3,001,849 atau 96.4 peratus lagi menerima doa pertama.

Berita berkaitan
Tuaran dikategori zon merah Covid-19 selepas kes meningkat
May 16, 2023· Isu semasa
Penduduk Malaysia dianggar 33.2 juta : Jabatan Perangkaan
May 11, 2023· Isu semasa
Kemasukan hospital pesakit Covid-19 meningkat: KKM
May 5, 2023· Isu semasa
Utamakan keselamatan, kesihatan anak musim perayaan
April 21, 2023· Isu semasa
Popular
Gabenor BNM, jangan bagi kenyataan gula-gula, tegur MP kerajaan
May 28, 2023
KBS jawab Ismail Sabri, peruntukan RM20 juta bina litar tak pernah diluluskan
May 29, 2023
Hadi ucap tahniah atas kemenangan Erdogan
May 29, 2023
Kerajaan perlu telus, banyak persoalan LCS belum terjawab : TI-M
May 29, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Menu Rahmah berjaya turun inflasi harga makanan, kata Salahuddin
28 minit lalu · Isu semasa
Ringgit ditutup rendah, harga minyak juga jatuh
2 jam lalu · Isu semasa
Projek Aerotropolis: Sanusi kata susah betul nak dapat jumpa PMX
2 jam lalu · Isu semasa
Raja Arshad dilantik sebagai Pengerusi baharu PNB bermula 1 Jun
2 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan perlu telus, banyak persoalan LCS belum terjawab : TI-M
7 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] KJ syor Tengku Zafrul calon MB Selangor jika PH-BN menang di Selangor
6 jam lalu
[VIDEO] UMNO salah langkah, akan tersasar jika terus bersama DAP
May 28, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok