0.9% lagi individu dewasa lengkap vaksin, semua boleh rentas negeri

October 8, 2021 · Isu semasa

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kebenaran merentas negeri akan dilaksanakan serentak di seluruh negara sebaik sahaja kadar peratusan vaksinasi individu dewasa mencecah 90 peratus.

“Tunggulah saya umum, suspens sikitlah, kita tunggu, tapi dah tak lama dah… saya yakin tak lama, kita tunggulah… sehari, dua hari, tiga hari ke tak tahulah,” katanya selepas Majlis Prapelancaran Keluarga Malaysia di Angkasapuri Kuala Lumpur, hari ini.

Menurutnya sebelum ini kerajaan berjanji pada peringkat awal akan membenarkan rentas negeri apabila peratusan individu dewasa lengkap divaksin mencecah 80 peratus, tetapi program vaksinasi di negeri-negeri dilihat rendah iaitu pada kadar 60 ke 70 peratus.

“Jadi kalau kita buka sebelum ini, mungkin beri kesan tak baik kepada negeri yang kurang dari segi peratusan.

“Kalau 90 peratus, kita jangka purata setiap negeri dah lebih 80 peratus kadar vaksinasi. Kita akan umumkan dalam waktu terdekat, sehari dua, tak lama lagi,” katanya.

Setakat semalam, 89.1 peratus atau 20,856,337 individu dewasa telah melengkapkan dos vaksin Covid-19 masing-masing, manakala 22,153,302 atau 94.6 peratus lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Berita berkaitan
Isu pertemuan PN: Wan Saiful bidas Ismail Sabri buat penipuan dan tak beradab
August 15, 2022· Politik
Skandal LCS: PM jangan jadi pak turut, tubuh RCI siasat pemimpin UMNO
August 14, 2022· Isu semasa
PM akan dengar cakap kita PRU-15 diadakan tahun ini juga, kata Zahid
August 14, 2022· Politik
Kerajaan cadang bina litar perlumbaan drag seluruh negeri: PM
August 13, 2022· Isu semasa
Popular
Skandal LCS: TLDM kalah bertempur sejak awal, kata bekas panglima
August 15, 2022
Najib terkejut tak dapat tangguh perbicaraan, permohonan ditolak
August 16, 2022
Najib, Sungai Buloh jadi trend di Twitter selepas permohonan ditolak
August 16, 2022
Sedia berdepan jika didakwa di mahkamah, kata Hishammuddin
August 16, 2022
Lagi Isu semasa terkini
3,429 kes, 9 kematian dan empat kluster baharu Covid-19 semalam
1 jam lalu · Isu semasa
Najib, Sungai Buloh jadi trend di Twitter selepas permohonan ditolak
10 jam lalu · Isu semasa
4,053 doktor kontrak dilantik ke jawatan tetap: Menteri Kesihatan
12 jam lalu · Isu semasa
13 individu dipanggil polis berhubung himpunan bantah skandal LCS
13 jam lalu · Isu semasa
Senator gesa tubuh RCI siasat skandal LCS, nyahklasifikasi dokumen sulit
13 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Polisi baharu cegah kematian tahanan polis
August 15, 2022
[VIDEO] Himpunan kapal LCS mahu siasatan bukan penjelasan
August 15, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok