[FOTO] Zoo Negara jadi tumpuan sebelum Ramadan tiba

Zoo Negara menjadi tumpuan warga kota meluangkan masa bersiar-siar bersama keluarga.

Orang ramai mengambil peluang hujung minggu terakhir sebelum menyambut Ramadan dengan membawa ahli keluarga mengunjungi Zoo Negara awal pagi tadi.

Seluruh umat Islam di Malaysia dijangka akan mula menunaikan ibadah puasa pada hari Selasa ini. Berpuasa di bulan Ramadan merupakan Rukun Islam yang ketiga dan hendaklah berpuasa sepanjang bulan Ramadan sebelum menyambut perayaan Aidulfitri.