[FOTO] Pasar Chow Kit kembali sibuk di era pandemik

KUALA LUMPUR 30 Mac 2021 - Pasar Jalan Raja Bot atau lebih dikenali sebagai 'Pasar Chow Kit' oleh warga kota merupakan tempat utama para peniaga dan juga orang ramai untuk membeli barang-barang keperluan untuk memasak.

Pasar Chow Kit kembali ‘hidup’ dan sibuk selepas kerajaan memberi kelonggaran untuk sektor ekonomi kembali dibuka semula namun perlu menitik beratkan prosedur operasi standard (SOP) berkaitan langkah-langkah pencegahan Covid-19.

Rata-rata warga kota membeli barangan keperluan di pasar itu yang dibuka pada pukul 6 pagi setiap hari.

POPULAR