[FOTO] Kedai RNR buka tapi kurang pembeli

Larangan merentas negeri oleh kerajaan akibat pandemik Covid-19 sangat memberi kesan terhadap para peniaga di hentian rehat sepanjang Lebuhraya Utara Selatan. Tinjauan kami di Hentian Rehat dan Rawat (RnR) Sungai Buloh, RnR Tapah dan RnR Sungai Perak mendapati suasana begitu suram dan para peniaga hanya mengharapkan rezeki dari segelintir pengguna lebuhraya yang rata-rata hanya berhenti untuk ke tandas.

Pengguna lebuhraya pada waktu pandemik ini harus mendapatkan surat kebenaran rentas daerah atau negeri dari pihak polis kerana mereka pasti akan diperiksa ketika melalui laluan keluar dari Lebuhraya Utara Selatan ini. Para peniaga disini sangat-sangat berharap agar penularan Covid19 ini dapat dikawal dan kerajaan dapat memberi kebenaran untuk rakyat Malaysia untuk rentas negeri dan pada masa yang sama dapat menyelamatkan para peniaga di setiap hentian RnR di lebuhraya ini.

 

POPULAR