Pantai di Batu Feringghi dan Tanjung Asam, Teluk Kumbar tidak sesak semasa tinjauan sempena cuti umum Hari Malaysia. Pengunjung pantai tersebut mengamalkan penjarakan sosial dan mematuhi SOP ketika meluangkan masa bersama keluarga.
Situasi pandemik Covid-19 di Pulau Pinang masih serius membuat orang ramai lebih selesa berada dirumah atau di tempat-tempat yang tidak menjadi tumpuan orang ramai bagi mengelakkan jangkitan virus Covid-19.