[FOTO] Citarasa Thai di Festival Makanan Halal Malaysia-Thailand

November 3, 2021 ·

Bagi mereka yang merindui masakan asli dari Thailand, bolehlah singgah ke Malaysia-Thailand Halal Food Festival (MATHAF) bertempat di belakang Stesen Petron Taman Maluri, Kuala Lumpur.

Mohammad Nazri Abdullah, 49 tahun Pengurus tapak festival ini menyatakan bahawa mereka sudah masuk bulan ke 3 berniaga di sini, di mana menempatkan 15 gerai yang menyajikan pelbagai masakan asli dari negara gajah putih.

Semua makanan yang dijual di sini memang membuka selera dan menggamit memori bagi mereka yang pernah ke Thailand sebelum pandemik Covid-19 melanda.

Keadaan gerai yang tersusun dan bersih serta ruang makan bagi mereka yang ingin ‘dine in’ juga luas dan selesa di sini dan amat sesuai bagi mereka yang ingin datang bersama keluarga.

Waktu operasi ialah dari jam 11 pagi hingga 11 malam. Dibuka setiap hari tetapi tutup hari Isnin minggu pertama dan ketiga sahaja.

Bagi mereka yang mahu ke sini boleh waze Petron Taman Maluri untuk lokasi.

Popular
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
100 hari: KJ cuma bagi markah B- untuk kerajaan Anwar
March 7, 2023
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Lagi foto terkini
[FOTO] Azmin Ali, ADUN baharu Hulu Kelang
August 12, 2023 ·
[FOTO] Hari mengundi awal di Balai Polis Hulu Kelang
August 8, 2023 ·
[FOTO] PN Selangor lancar manifesto “Selangor Baharu, Kita Bangkit”
August 5, 2023 ·
[FOTO] Ribuan hadir pengisytiharan calon PN Selangor di Taman Medan
July 27, 2023 ·
[FOTO] FRU, polis berkawal di Mahkamah Selayang
July 18, 2023 ·
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok