[FOTO] Bubur lambuk Kampung Baru guna resepi 100 tahun

Tibanya bulan Ramadan, antara menu wajib bagi warga kota ini ialah Bubur Lambuk dan memang “jackpot” la kalau dapat makan yang original dari Masjid Jamek Kampung Baru.

Tahun ini bubur lambuk Masjid Kampung Baru muncul kembali setelah program komuniti ini terpaksa ditangguh tahun lepas akibat pendemik Covid-19.

Seramai 30 orang kariah dan sukarelawan masjid mula memasak selepas solat Subuh dan selesai sebelum solat Zohor sebelum di serahkan secara percuma kepada orang ramai selepas solat Asar.

Ratusan orang beratur setiap hari bagi mendapatkan bubur lambuk Masjid Kampung Baru ini.

Resepi dan tradisi yang sama dimulakan oleh penduduk asal Kampung Baru sejak 100 tahun dahulu membuatkan Bubur Lambuk Masjid Kampung Baru sentiasa menjadi pilihan utama warga kota biarpun terdapat berpuluh peniaga bubur lambuk di sekitar Kampung Baru ini.

POPULAR