[FOTO] Air bukit Ulu Yam

November 2, 2021 ·

Jika anda melalui Jalan Ulu Yam Baru – Batu Caves, sudah pasti akan akan dapat melihat kenderaan berhenti di tepi jalan dengan tong air yang bersusun di tepi bukit. Ini adalah kerana mereka berhenti untuk mendapatkan air bukit asli di sini.

Air bukit yang sejuk dan segar ini mempunyai peminatnya tersendiri yang percaya dengan khasiat air bukit ini.

Ada yang datang dari Batu Caves hingga dari Damansara dengan sabar menanti giliran untuk mendapatkan air bukit ini.

Pelbagai khasiat dan kepercayaan yang membuatkan mereka sentiasa ke sini untuk mendapatkan bekalan air ini.

Bacaan ketika membuat pemeriksaan kesihatan bertambah baik setelah mengamalkan meminum air bukit ini, ujar Puan Mutiara dari Sri Damansara yang sudah 4 tahun minum air bukit di sini.

Nasi dan sup yang dimasak dengan air bukit ini akan menbuatkan masakan berasa lebih enak, ujar Ah Siew dari Batu Caves.

Air bukit ini rasa lebih segar berbanding air minum biasa, ujar Abang Mat dari Selayang yang sudah lebih 10 tahun mengamalkan meminum air bukit ini.

Bagi anda yang bercadang melalui laluan ini, jangan lupa singgah untuk merasa sendiri kesegaran air bukit di Jalan Ulu Yam Baru ini. Hanya ‘Google’ Air Bukit Ulu Yam untuk mendapatkan lokasi.

Popular
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024
PRU-15: Perutusan Khas Muhyiddin
November 18, 2022
Banjir kilat di beberapa kawasan di Balik Pulau
July 1, 2023
Zahid tiada ciri ketua kerajaan untuk jadi Perdana Menteri
April 13, 2021
Lagi foto terkini
[FOTO] Azmin Ali, ADUN baharu Hulu Kelang
August 12, 2023 ·
[FOTO] Hari mengundi awal di Balai Polis Hulu Kelang
August 8, 2023 ·
[FOTO] PN Selangor lancar manifesto “Selangor Baharu, Kita Bangkit”
August 5, 2023 ·
[FOTO] Ribuan hadir pengisytiharan calon PN Selangor di Taman Medan
July 27, 2023 ·
[FOTO] FRU, polis berkawal di Mahkamah Selayang
July 18, 2023 ·
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok