Zionis tuduh pertubuhan hak asasi Palestin sebagai pengganas

October 24, 2021 · Dunia

Enam kumpulan hak asasi manusia Palestin difitnah oleh Zionis sebagai sebuah organisasi pengganas dan perkara itu dikritik sekeras-kerasnya oleh Pihak Berkuasa Palestin (PA), komuniti hak asasi dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Keenam-enam kumpulan hak asasi manusia itu dikenali sebagai Al-Haq; Addameer; Pertahanan untuk Kanak-Kanak Antarabangsa-Palestin; Pusat Pembangunan dan Kajian Bisan; Kesatuan Jawatankuasa Wanita; serta Kesatuan Jawatankuasa Agrikultur.

Menteri Pertahanan Israel kelmarin memberitahu keenam-enam kumpulan hak asasi tersebut mempunyai kaitan rapat dengan Barisan Popular bagi Pembebasan Palestin (PFLP), iaitu pergerakan haluan kiri yang dituduh sering melakukan serangan terhadap penduduk Israel.

Menurut kementerian itu, semua kumpulan hak asasi manusia itu ‘hanya membentuk rangkaian organisasi aktif dan berpura-pura di hadapan komuniti antarabangsa’.

“Kesemua kumpulan itu dikawal oleh pemimpin kanan PKLP dan menempatkan beberapa orang anggota, termasuk mereka yang terbabit dalam kegiatan keganasan,” dakwa kementerian itu.

Zionis turut menuduh kumpulan hak asasi itu sebagai ‘sumber kewangan’ kepada PFLP, disamping menerima ‘sejumlah dana daripada beberapa negara Eropah dan organisasi lain antarabangsa’.

Dalam masa yang sama, Pihak Berkuasa Palestin (PA) menyelar fitnah Zionis itu dengan menyifatkannya sebagai ‘serangan senyap’ terhadap rakyat awam Palestin.

“Zionis sudah melemparkan tuduhan yang amat teruk kepada kumpulan hak asasi manusia apabila cuba mengaitkannya dengan kumpulan pengganas,” jelas pertubuhan itu.

Sementara itu, Amnesty International dan Human Rights Watch turut mengambarkan perbuatan Israel itu sebagai keputusan yang tidak adil dan ‘sengaja ingin menyerang pergerakan hak asasi manusia antarabangsa’.

Pejabat Hak Asasi Manusia PBB turut menyatakan, pihaknya sudah mengambil maklum mengenai isu ini dan menegaskan, perundangan anti keganasan tidak boleh digunapakai untuk menyekat kerja-kerja hak asasi yang sah. – Agensi

Berita berkaitan
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024· Isu semasa
Lelaki dalam video tular sokong Israel ditahan polis
December 7, 2023· Isu semasa
Armada Bersatu gesa siasat video warga Malaysia dengan pembantu PM Israel
December 5, 2023· Isu semasa
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023· Dunia
Popular
Aktiviti Ramadan kembali hidup di Masjidil Haram, Masjid Nabawi
April 2, 2022
Singapura beri amaran kesan buruk, eraksi berpanjangan kopi Pejuang
May 26, 2022
Lagi Dunia terkini
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Akibat bom tentera Israel, lebih 40 ribu warga Palestin hilang tempat tinggal
October 9, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok