Zionis tembak mati dua rakyat Palestin di Tebing Barat

October 8, 2022 · Dunia

Tentera rejim Zionis Israel membunuh dua rakyat Palestin hari ini (8 Oktober 2022) dalam pertempuran yang tercetus ketika serbuan di Tebing Barat yang diduduki secara haram, kata pegawai kesihatan Palestin, kejadian terbaru dalam beberapa bulan kebelakangan ini di sekitar bandar Jenin.

Tentera pengganas Israel mendakwa pasukan keselamatan dalam operasi menangkap lelaki bersenjata yang dikehendaki daripada kumpulan militan Jihad Islam, telah diserang kumpulan Palestin.

“Berpuluh-puluh rakyat Palestin melemparkan bahan letupan dan bom molotov ke arah pasukan dan melepaskan tembakan ke arah mereka. Pasukan itu melepaskan tembakan ke arah suspek bersenjata,” kata tentera rejim di Twitter.

Kementerian Kesihatan Palestin berkata dua rakyat Palestin terbunuh dan 11 cedera. Tiada ulasan segera daripada Pihak Berkuasa Palestin (PA).

Kejadian terbaru dalam siri insiden hampir setiap hari di sekitar Jenin, kubu kuat pejuang Palestin, meletakkan sekali lagi iklim keselamatan yang tidak menentu di Tebing Barat ketika Israel merancang pilihan raya pada 1 November.

“Semakin banyak pendudukan melakukan jenayahnya, semakin keras penentangannya,” kata Jihad Islam dalam satu kenyataan.

Lebih 70 rakyat Palestin terbunuh di Tebing Barat sejak Israel melancarkan Operasi Pemecah Ombak terhadap kumpulan pejuang pada 31 Mac sebagai tindak balas kepada rentetan serangan jalanan Palestin yang membawa maut di Israel. Jumlah korban termasuk pejuang dan orang awam.

Lonjakan keganasan di Tebing Barat, di mana rakyat Palestin mempunyai pemerintahan sendiri yang terhad di bawah PA, telah menjadi salah satu gelombang terburuk dalam tempoh beberapa tahun.

Rundingan damai anjuran Amerika Syarikat yang bertujuan menubuhkan negara Palestin di Tebing Barat, Gaza dan Baitulmaqdis Timur, runtuh pada 2014 dan tidak menunjukkan tanda pemulihan.

Pegawai keselamatan rejim Zionis telah menggesa PA untuk melakukan lebih banyak lagi bagi mengekang keganasan oleh kumpulan bersenjata.

Bagaimanapun PA, yang semakin tidak popular dalam kalangan banyak orang di Tebing Barat, berkata keupayaannya untuk melaksanakan pemerintahannya telah terjejas secara sistematik oleh pencerobohan Israel. – Agensi

Berita berkaitan
Armada Bersatu gesa siasat video warga Malaysia dengan pembantu PM Israel
December 5, 2023· Isu semasa
Kes bunuh teman wanita: Pemandu lori dipenjara 35 tahun, 12 sebatan
November 29, 2023· Isu semasa
Sirul dipakaikan peranti pemantauan: Laporan
November 29, 2023· Isu semasa
Najib sekali lagi nafi terlibat pembunuhan Altantuya, selepas pendedahan Sirul
November 26, 2023· Isu semasa
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Kedah, Itali jalin kerjasama jayakan Kedah Aerotropolis
11 jam lalu
[VIDEO] Kit Siang patut nasihat UMNO tukar presiden, PAS elok dah
December 5, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok