Zionis Israel bina 3,144 unit kediaman baharu di Tebing Barat

October 28, 2021 · Dunia

Rejim Zionis Israel pada Rabu meluluskan pembinaan ribuan unit kediaman baharu di wilayah diduduki secara haram di Tebing Barat, lapor media tempatan hari ini.

Majlis Perancangan Tertinggi rejim pengganas itu memberi kebenaran kepada kerajaan mendirikan 3,144 unit kediaman baharu di Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur, lapor rangkaian Perbadanan Penyiaran Israel (IBCN)

Langkah itu yang pertama dibuat kerajaan pimpinan Perdana Menteri Naftali Bennett bagi membina kediaman di tanah rakyat Palestin yang diduduki secara haram.

Minggu lalu, kerajaan rejim Israel mengeluarkan tender bagi pembinaan 1,300 unit rumah yang diluluskan ketika kerajaan dipimpin Benjamin Netanyahu.

Selasa lalu, Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) memandang berat rancangan rejim Zionis untuk membangunkan kawasan perumahan baharu, termasuk jauh ke wilayah Tebing Barat.

“Kami membantah sekeras-kerasnya perluasan kawasan diduduki, yang bercanggah dengan usaha mengurangkan ketegangan dan memastikan semua pihak bertenang,” kata jurucakap Jabatan Negara, Ned Price.

Laman sesawang Israel, Walla, turut melaporkan Setiausaha Negara AS, Anthony Blinken membantah rancangan pembukaan kawasan penempatan baharu rejim di wilayah Palestin.

Rejim Israel dan Palestin menganggarkan terdapat kira-kira 650,000 pendatang di kawasan penempatan Tebing Barat, termasuk wilayah diduduki di Baitulmaqdis.

Undang-undang antarabangsa menetapkan Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur adalah wilayah yang diduduki secara haram oleh rejim Israel dan menyifatkan semua penempatan Yahudi dan kegiatan mereka di situ adalah haram. – Agensi

Berita berkaitan
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024· Isu semasa
Lelaki dalam video tular sokong Israel ditahan polis
December 7, 2023· Isu semasa
Armada Bersatu gesa siasat video warga Malaysia dengan pembantu PM Israel
December 5, 2023· Isu semasa
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023· Dunia
Popular
India sahkan kematian pertama jangkitan cacar monyet
August 2, 2022
Lagi Dunia terkini
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Akibat bom tentera Israel, lebih 40 ribu warga Palestin hilang tempat tinggal
October 9, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok