Yuran 300 baht dikenakan kepada pelancong masuk Thailand mulai April

January 12, 2022 · Dunia

Thailand merancang mengenakan yuran kemasukan terhadap pelancong asing sebanyak 300 baht (RM38) seorang bermula 1 April, yang akan digunakan bagi membiayai pembangunan lokasi pelancongan tempatan serta sebagai pelan perlindungan insurans.

Jurucakap kerajaan Thanakorn Wangboonkongchana berkata yuran berkenaan akan dikenakan menerusi tambang tiket penerbangan, menurut laporan Bernama.

“Bagaimanapun, agensi berkaitan masih belum memutuskan kaedah kutipan yang sesuai bagi kemasukan melalui darat,” katanya dalam satu kenyataan.

Thanakorn berkata industri pelancongan dijangka menjana pendapatan antara 1.3 hingga 1.8 trilion baht, termasuk 800 bilion baht daripada pelancong asing.

Beliau berkata berdasarkan situasi semasa, kerajaan mengunjurkan kemasukan lima juta pelancong antarabangsa ke negara itu pada 2022, yang majoritinya daripada Eropah dan Amerika Syarikat.

Jika pelancong China dan India kembali, ketibaan pelancong boleh mencecah sembilan juta, katanya.

“Sementara itu, jika sempadan darat dibuka semula untuk tujuan pelancongan rentas sempadan, ia bakal menarik pelancong dari Malaysia, Laos dan Myanmar, jumlah kemasukan 15 juta pelancong adalah munasabah,” katanya.

Thailand telah memperkenalkan pelbagai rancangan dan program termasuk “Test and Go” bebas kuarantin dan “Phuket Sandbox” bagi memulihkan industri pelancongannya.

Mulai 22 Dis, Thailand menghentikan program kemasukan bebas kuarantin “Test & Go” dan juga kebanyakan program “sandbox” kecuali “Phuket Sandbox” sebagai usaha menghalang penyebaran varian Omicron.

Sektor pelancongan Thailand terjejas teruk akibat pandemik Covid-19 dengan hanya kira-kira 200,000 ketibaan direkodkan pada tahun lepas berbanding hampir 40 juta pengunjung pada 2019 dan 6.7 juta pada 2020.

Bank Pusat Thailand mengurangkan prospek ketibaan pelancong asing untuk 2022 daripada 6 juta kepada 5.6 juta.

Berita berkaitan
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023· Dunia
Isu kos sara hidup, PMX akan bincang dengan PM Thai dalam pertemuan esok
October 10, 2023· Isu semasa
Kemalangan van di Balik Pulau korbankan seorang warga Singapura
September 25, 2023· Isu semasa
Sepatutnya kumpul bukti dan lapor kepada SPRM, penganalisis ulas kekecohan di KLIA
July 5, 2023· Politik
Popular
Harimau Malaya terkam pembersih Zoo Naples AS ditembak mati
December 30, 2021
Korea Selatan, AS dan Jepun mahu ambil tindakan terhadap Korea Utara
September 2, 2022
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Akibat bom tentera Israel, lebih 40 ribu warga Palestin hilang tempat tinggal
October 9, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok