Will Smith minta maaf kepada Chris Rock selepas tampar di Oscars

March 29, 2022 · Dunia

Selebriti terkenal, Will Smith sudah meminta maaf kepada Chris Rock kerana menamparnya di Oscars 2022 pada malam Ahad.

“Keganasan dalam semua bentuknya adalah beracun dan merosakkan,” kata pemenang Pelakon Lelaki Terbaik itu dalam akaun Instagramnya.

“Tingkah laku saya pada Anugerah Akademi malam tadi tidak boleh diterima dan tidak boleh dimaafkan.”

Bagaimanapun, Smith menjelaskan bertindak demikian kerana gagal mengawal emosinya dan tidak boleh menerima penghinaan yang dibuat terhadap isterinya.

Semasa kejadian itu, Smith bergegas naik atas pentas dan menampar pelawak itu kerana membuat jenaka terhadap isterinya, Jada Pinkett Smith yang menghidap alopecia.

“Saya ingin memohon maaf secara terbuka kepada anda, Chris,” tulis Smith dalam kenyataannya itu lagi.

Kejadian itu segera menjadi tular membuatkan penonton terpegun dan memikirkan sama ada ia adalah aksi tulen atau sekadar lakonan kedua-duanya.

Rock, yang menyampaikan hadiah dokumentari terbaik dengan rutin komedi pendek, membuat jenaka membandingkan rambut isteri Smith, yang dipotong rapat dengan penampilan Demi Moore dalam filem “G.I. Jane” dan mencadangkan dia muncul dalam sekuel itu.

Smith melangkah ke arah Rock di Dolby Teater dan menamparnya, sebelum kembali ke tempat duduknya di samping Jada dan menjerit ke arah Rock.

“Jauhkan nama isteri saya daripada mulut kotor anda,” jerit Smith, memaksa penerbit untuk mengeluarkan beberapa saat audio daripada siaran televisyen di Amerika Syarikat.

Berita berkaitan
Pemuda UMNO Jempol lapor polis selepas ahli ditampar pegawai Ketua Bahagian
October 16, 2022· Politik
Popular
Singapura rekod suhu terpanas dalam tempoh 40 tahun
May 14, 2023
Selepas kalah PRU, PM Thailand janji akan berundur secara baik
May 16, 2023
Angka terbaharu korban gempa berkembar Turkiye, Syria lepasi 7,800
February 8, 2023
Singapura beri amaran kesan buruk, eraksi berpanjangan kopi Pejuang
May 26, 2022
Lagi Dunia terkini
Biden tersungkur pada majlis konvokesyen tentera udara
June 2, 2023 · Dunia
Erdogan pertahan jawatan Presiden Turkiye
May 29, 2023 · Dunia
Montana jadi negeri pertama di Amerika haramkan TikTok
May 18, 2023 · Dunia
Selepas kalah PRU, PM Thailand janji akan berundur secara baik
May 16, 2023 · Dunia
Rakyat Thailand mula mengundi hari ini
May 14, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Zahid sebak laungan bebas Bossku bergema depan Anwar
13 jam lalu
[VIDEO] Pemuda menangis teruk Najib dapat anugerah
June 8, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok