
Gempa bumi.
Gempa bumi berukuran 6.3 pada skala Richter menggegarkan wilayah Gorontalo, Indonesia pagi Rabu, lapor Xinhua.
Agensi meteorologi, klimatologi dan geofizik negara itu memaklumkan tiada kerosakan atau kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini, menurut Bernama.
“Tiada laporan mengenai bangunan dan rumah musnah, atau penduduk cedera akibat gempa itu,” kata jurucakap agensi pengurusan dan mitigasi bencana negara, Abdul Muhari.
Gempa bumi berlaku pada 7:34 pagi waktu tempatan (0034 GMT) dengan pusat gempa terletak 69 kilometer (km) dari tenggara daerah Bone Bolango pada kedalaman 138 km dari dasar laut, menurut agensi itu.
Gempa itu turut dirasai di wilayah Sulawesi Selatan dan wilayah Sulawesi Tengah.