Wickremesinghe angkat sumpah PM Sri Lanka kali keenam

May 12, 2022 · Dunia

Ranil Wickremesinghe mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Sri Lanka buat kali keenam pada Khamis (12 Mei), walaupun ahli politik veteran itu tidak pernah menamatkan penggal penuh dalam jawatan.

Kerjaya politik lelaki berusia 73 tahun itu kelihatan semakin hampir sebelum minggu ini, apabila beliau bersetuju untuk menerajui pentadbiran perpaduan dan membantu mengemudi negara kepulauan Asia Selatan itu melalui krisis ekonomi yang melumpuhkan.

Beliau menggantikan Mahinda Rajapaksa yang meletak jawatan berikutan peningkatan bantahan awam yang mencetuskan pertempuran ganas antara penyokong dan penentang kerajaan, 9 Mei lalu.

“Ini adalah peristiwa bersejarah,” kata Ahli Parlimen Dharmalingam Sithadthan kepada AFP merujuk kepada kepulangan terbaru Wickremesinghe.

“Ini menunjukkan keadaan terdesak di Sri Lanka.”

Wickremesinghe ialah wakil tunggal Parlimen dari Parti Kebangsaan Bersatu, seorang ahli politik yang pernah berkuasa dan hampir lenyap dalam pilihan raya Sri Lanka yang lalu.

Bekas peguam itu berasal dari keluarga politik sengan bapa saudaranya Junius Jayewardene berkhidmat sebagai presiden selama lebih sedekad.

Tetapi Wickremesinghe pernah memberitahu AFP dia berkemungkinan akan meneruskan kerjaya sebagai wartawan, sekiranya kerajaan pada masa itu tidak memiliknegarakan perniagaan akhbar keluarganya pada 1973.

Beliau pertama kali dilantik sebagai perdana menteri pada 1993 selepas pembunuhan presiden ketika itu Ranasinghe Premadasa, dalam serangan bom oleh gerila Harimau Tamil Ellam semasa perang saudara selama beberapa dekad di Sri Lanka.

Menggariskan sifat dinasti politik Sri Lanka, anak lelaki Premadasa, Sajith ialah ketua pembangkang semasa dan juga disebut-sebut sebagai calon perdana menteri minggu ini.

Penggal pertama Wickremesinghe dalam jawatan berlangsung lebih sedikit daripada setahun.

Beliau kembali berkuasa pada tahun 2001, memperoleh reputasi untuk pengurusan ekonomi yang baik selepas mengemudi negara keluar daripada kemelesetan.

Konflik dengan presiden menyaksikan dia dipecat sebelum penggalnya tamat, dan dia menghabiskan dekad berikutnya dalam belantara politik. – AFP

Berita berkaitan
Komuniti perniagaan Arab Saudi dipelawa PMX melabur di Malaysia
March 24, 2023· Isu semasa
Dewan Rakyat: Cadangan KWSP dicagar untuk buat pinjaman jadi tumpuan
March 21, 2023· Isu semasa
PMO pandang serius nama digunakan untuk kepentingan pihak tertentu
March 15, 2023· Isu semasa
AUKU masih relevan dan sangat penting, kata Menteri UMNO
March 9, 2023· Isu semasa
Popular
Bintang badminton Indonesia maut nahas jalan raya
March 21, 2023
Kes 1MDB: Mahkamah lucut hak AS$35.1 juta terhadap Roger Ng
March 25, 2023
Gempa bumi kuat goncang Afghanistan, Pakistan, utara India
March 22, 2023
Lagi Dunia terkini
Kes 1MDB: Mahkamah lucut hak AS$35.1 juta terhadap Roger Ng
March 25, 2023 · Dunia
Asteroid hampir sebesar padang bola lintasi bumi esok: NASA
March 24, 2023 · Dunia
Gempa bumi kuat goncang Afghanistan, Pakistan, utara India
March 22, 2023 · Dunia
Arab Saudi puasa Khamis
March 22, 2023 · Dunia
PRU Thailand 14 Mei, anak gadis Thaksin mahu rebut kerusi PM
March 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Laporan polis dakwa Anwar bohong untuk lindungi Guan Eng, aniayai Muhyiddin
March 24, 2023
[VIDEO] Laporan polis premis mahu anjur pesta kepondanan, LGBT
March 22, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok